Xinjiang Terus Bergolak; 12 Mati Dalam Keganasan Terbaru

969

Enam orang dilaporkan mati dalam letupan dan enam lagi ditembak mati oleh polis di Xinjiang China , dalam gelombang terbaru keganasan yang membadai wilayah bergolak itu .

Pihak berkuasa pada Sabtu 25 Januari berkata, keganasan di Xinhe dalam wilayah Aksu di barat jauh China nampaknya dikaitkan dengan letupan yang menggegarkan tiga kawasan pada petang hari Jumaat, menyebabkan tiga kematian .

“Ketika polis berhadapan dengan insiden keganasan perusuh yang melemparkan bahan letupan , enam orang dibunuh oleh polis , lima ditangkap dan enam lagi dibunuh kerana mereka melakukan kesalahan itu,”menurut portal berita Tianshan , yang dikendalikan oleh kerajaan tempatan.

Xinhe adalah kawasan yang terletak di barat China, bersempadan dengan Kyrgyzstan dan penduduk kebanyakannya ahli di kalangan minoriti Uighur.

xinjiang bergolak1Tianshan dilaporkan lewat Jumaat, tiga letupan membunuh tiga orang dan mencederakan dua yang lain di kawasan yang sama di rantau itu, majoritinya beragama Islam.

Seorang terbunuh selepas dua letupan di salun rambut dan pasar tempatan, manakala dua lagi meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang “diletupkan sendiri” apabila ia dikelilingi oleh polis.

Rantau barat yang luas, telah bertahun-tahun dilanda pergolakan berkait dengan puak Uighurs yang kebanyakannya beragama Islam.

Ia berhubungkait dengan tuntutan hak asasi, didorong oleh penindasan budaya, langkah-langkah zalim keselamatan yang mengganggu serta peraturan imigresen oleh negara Cina.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini ia telah menyaksikan insiden keganasan lebih kerap berlaku melibatkan lelaki bersenjatakan pisau dan bahan letupan.

Beijing menyalahkan pelampau agama dan perpecahan sebab-sebab mengapa berlakunya keganasan terbabit.

Paling serius adalah insiden ganas yang berlaku baru-baru ini di kawasan Turpan di Xinjiang, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang mati pada bulan Jun.