Wartawan Palestin Terbunuh Ditembak Tentera Rejim Israel

2712

Seorang wartawan Palestin meninggal dunia setelah cedera akibat tembakan tentera Israel pada hari Jumaat ketika beliau membuat liputan ‘protes maut’ sepanjang sempadan Israel-Gaza.

Pejabat kesihatan Gaza berkata, Yaser Murtaja, 30, ialah jurukamera bagi Palestin Ain Media, adalah orang Palestin ke-29 yang terbunuh sepanjang protes selama seminggu.

Foto-foto dipamerkan menunjukkan Murtaja cedera dan terbaring ditanah sebaik ditembak pada ketika memakai baju pelindung biru yang jelas bertanda ‘PRESS’ dalam huruf besar hitam.

Pegawai kesihatan berkata peluru hidup menembusi bahagian abdomennya dan dia meninggal dunia akibat luka di hospital.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata tentera sedang meneliti kejadian itu dan tidak dapat memberi komen lanjut pada peringkat ini.

Protes harian, yang digelar “The Great March of Return”, bermula pada 30 Mac di sepanjang sempadan Israel-Gaza, menghidupkan kembali permintaan lama warga Gaza, hak kembali pelarian ke Palestin.

Pelarian dari seluruh dunia mahu pulang ke bandar dan desa dari mana keluarga mereka diusir ketika keadaan Israel ‘dicipta’.

Israel telah menempatkan penembak tepat (sniper) untuk menghentikan tunjuk perasaan warga Palestin.

Jurugambar bebas Ashraf Abu Amra memberitahu Reuters, beliau berada disebelah Murtaja, yang memakai memakai topi keledar keselamatan.

 Abu Amra berkata mereka berdua jelas ditandakan sebagai wartawan.

“Kami sedang membuat penggambaran ketika remaja membakar tayar. Kami kira-kira 250 meter dari pagar, ” kata Abu Amra. 

“Pasukan Israel telah melepaskan tembakan dan menyebabkan kecederaan. Yaser dan saya berlari ketika itu tiba-tiba Yaser jatuh ke tanah.

“Saya menjerit kepadanya (dan bertanya) Yaser baik awak? “. Dia tidak bertindak balas dan ada darah di atas tanah di bawahnya. Saya tahu ia adalah kecederaan yang teruk dan orang datang membawa dia pergi, “kata Abu Amra.