Oleh : Solahuddin Al-Idrus
Sana’a, YAMAN – Penduduk Yaman menyimpan hasrat untuk keluar dari kesukaran ujian yang sedang parah melanda negara mereka
Graduan Ijazah Akauntant Universiti Sana’a, Ridhwan Sari’ menaruh harapan dan bercita-cita untuk melihat negaranya kembali aman.
Katanya, Semua rakyat Yaman ingin keluar dari masalah yang ada sekarang.
“Semua rakyat Yaman ingin keluar dari masalah yang ada sekarang tetapi semua ini mustahil kerana mereka Jahil ”
“Mereka semua ni tidak celik media dan percaya bulat-bulat apa yang TV dan Radio cakap,” Ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang jalan penyelesaian terhadap konflik Yaman yang sedang melanda.
Tambah beliau lagi, Rakyat Yaman kini hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja tanpa mengambil peduli soal negara yang hampir musnah itu.
“Mereka ( rakyat ) hanya fikir untuk cari makan dan untuk keselesaan keluarga sendiri sahaja tanpa peduli soal jiran tetangga ”
Sehubungan itu, kata beliau, kehadiran Yemen Care ke Yaman sekurang-kurangnya dapat membuka mata masyarakat setempat untuk turut sama memikirkan soal negara


“Mewakili fikrah orang muda, Apa yang sedang berlaku di Yaman sekarang adalah merupakan fitnah. Kedua – dua pihak berperang menggunakan nama Islam.. Nak selamat dari fitnah ni kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, Ujarnya ”
Murad berkata peperangan yang berlaku di Yaman sekarang sebenarnya sedang diatur oleh Kuasa besar dunia.
“Satu pihak mengatakan ia benar.. Pihak yang satu lagi mendakwa ia benar.. Apa yang terjadi Umat Islam yang mati.. Islam bunuh Islam..Sebenarnya Kita sedang mengalami peperangan yang sedang diatur oleh kuasa besar dunia ”
Sebelum Houthi masuk ke Sana’a, ada harapan yang tinggi untuk houthi memulihkan keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku.
Sementara itu Yemen Care menggesa orang ramai agar mengambil peduli tentang apa yang berlaku pada Umat dunia khususnya konflik yang sedang melanda Yaman.
Mereka menyeru agar Kembali kepada Alquran dan Sunnah serta awasi perancangan licik musuh bagi menghancurkan umat Islam dari luar dan dalam negara Umat Islam.




























