Penunjuk perasaan Palestin bertempur dengan tentera Israel di utara Tebing Barat semasa demonstrasi tahunan sempena Hari Banduan Palestin.
Lebih daripada 100 warga Palestin berkumpul berhampiran halangan pemisahan Israel di perkampungan Bilin pada hari Jumaat, dengan melontar beberapa batu sebelum tentera mebembak dengan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang humpunan.
Satu penunjuk perasaan cedera, agensi berita AFP melaporkan.
Hari Banduan diingati setiap tahun dalam menunjukkan solidariti bersama lebih daripada 6,000 rakyat Palestin yang merengkok di penjara Israel.
“Kami tidak akan membiarkan sahabat kami dalam tahanan penjara sahaja,
“Kami akan mempertahankan hak mereka untuk dibebaskan, kerana majoriti daripada mereka telah ditangkap secara haram oleh tentera Israel.”kata penganjur perhimpunan Abdullah Abu Rahma.
Dengan Israel telah ditangkap sekitar 800,000 rakyat Palestin di wilayah yang diduduki sejak 1967, bersamaan dengan 40 peratus daripada jumlah penduduk lelaki dan hampir setiap keluarga Palestin telah terjejas.
Pada pusingan terakhir rundingan damai yang disokong AS pada tahun 2013 dan 2014, Israel membebaskan berpuluh-puluh penghuni yang dikurung dalam tempoh yang lama.
Tetapi selepas rundingan dicabuli, dan berikutan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel di Tebing Barat, Israel telah kembali menahan beratus-ratus lebih warga Palestin.
Bilangan semasa tahanan Palestin adalah yang tertinggi untuk sekurang-kurangnya lima tahun, menurut angka dari kumpulan hak asasi.










