Warga Ma’rib Perlukan Sebuah Hospital

980

Ma’rib, YAMAN – Seramai kira-kira 350 hingga 500 orang sehari penduduk bandar Ma’rib dan sekitarnya, terpaksa bergantung kepada perkhidmatan hospital kecil Kara Madani untuk mendapatkan rawatan harian mereka.

Dr LuaiMenurut Dr. Luai Mohammad Sulaiman [Gambar kiri] , Hospitlal Besar Ma’rib tidak lagi dapat menawarkan khidmat kerana telah musnah dalam satu serangan bom yang berlaku pada bulan Ramadhan lalu.

Katanya, hospital yang lengkap dengan pelbagai kemudahan itu, kini ditutup sepenuhnya.

“Sebenarnya hospital ini tidak cukup sifat untuk menerima (para pesakit dari) suasana peperangan dan pertempuran. Dan sebelum ini kita mempunyai Hospital besar Ma’rib untuk persediaan itu,

“tetapi disebabkan keadaan hospital tersebut yang telah diserang oleh pihak yang lain dan hospital itu telah ditutup sepenuhnya,”ujarnya.

Ma'ib General Hospital1Beliau yang juga pengarah hospital kecil tersebut berkata, pihaknya terpaksa memikul tanggungjawab menjadi hospital lapangan yang merawat dan menerima mangsa-mangsa daripada pejuang-pejuang.

Dr. Luai berkata demikian kepada delegasi Yemeni Care yang melawat Hospital Kara Madani pada Selasa 11 Ogos.

Tiga orang anggota NGO tersebut bersama seorang wartawan berkunjung ke wilayah bergolak itu dalam rangka misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yaman.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua pihak yang prihatin di seluruh dunia agar dapat membantu beliau dan pihak hospital tersebut.

Dr Luai Yemeni Care“Kami terpaksa memikul tanggungjawab menjadi hospital lapangan yang merawat dan menerima mangsa-mangsa daripada pejuang-pejuang,

“Hospital ini sebenarnya sebuah hospital kecil dan kami sakarang memerlukan kepada pembesaran hospital sehingga mampu untuk menampung keperluannya sebagai hospital lapangan.

“Dan ia kekurangan alat-alatan, kelengkapan-kelengkapan dan kakitangan perubatan. Saya menyeru semua kakitangan perubatan, doktor-doktor di seluruh dunia, doktor-doktor,

“warganegara Yaman yang berada di luar negara untuk sama-sama menyertai disini untuk merawati mangsa-mangsa yang terceedera,”jelas beliau.

Ma'ib General Hospital2Beliau juga memohon kepada pihak-pihak yang mampu menyediakan kelengkapan, alatan dan ubat-ubatan dan juga mana-mana pihak yang mampu menolong membesarkan dan meluaskan kawasan hospital.

“atau menambah bilik-bilk hospital sehingga mampu untuk menampung seluruh keaadan perubatan yang diperlukan.

“Juga untuk makluman sekarang ini tiada hospital di Maarib untuk menerima pesakit kecuali hospital ini,”tambah beliau.

Dr. Luai mengucapkan terima kasih kepada Yemen Care yang menziarahi hospital tersebut dan memberi sumbangan kepada pihak Yayasan Islah yang menaungi hospital itu.