Warga Malaysia di Qatar Ceria Dikunjungi Presiden PAS

1039

Oleh : MNA

Warga Malaysia yang menetap di Qatar baru-baru ini berpeluang untuk menghabiskan masa bersama Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika beliau berada di sana selama beberapa hari.

Kegembiraan jelas dapat dilihat dengan sambutan dan respon yang diberikan oleh kumpulan rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar apabila berusaha mengadakan beberapa program bagi mendekatkan komuniti mereka dengan Presiden PAS itu.

IMG_20151211_140834Presiden PAS walaupun dalam kesibukan beliau di sana, tetap tidak menghampakan pelawaan mereka yang mahu mendapat maklumat langsung berkaitan isu-isu semasa selain daripada ilmu agama daripada beliau.

Beberapa orang rakyat Malaysia yang ditemui sangat berpuashati apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia itu berkaitan isu-isu politik yang bagi mereka masih banyak kekaburan akibat daripada fitnah yang dicipta.

Salah seorang rakyat Malaysia di Qatar, Mustafirin Ali yang turut bersama dalam program bersama Presiden PAS yang dibuat di beberapa tempat itu berkata, kehadiran adalah diluar jangkaan mereka.

Di al-Khor (salah satu daerah kecil di Qatar) sahaja, kira-kira 60 orang hadir dalam program makan malam dan penjelasan isu-isu semasa bersama Presiden PAS itu.

IMG_20151211_141133Malah ada diantara hadirin yang mengambil kesempatan meminta Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang itu, mengtahnikkan anak-anak mereka dalam majlis itu.

“Kita ada buat majlis makan malam, tazkirah pendek, soal jawab dan tahnik beberapa anak-anak yang baru lahir di al-Khor.

Alhamdulillah, Presiden, Ustaz Ismi, Ustaz Faiz dan Dr Nazri yang hadir bersama Presiden melahirkan rasa gembira bertemu dengan komuniti Malaysia di Qatar ini,” jelas Mustafirin.

Seorang lagi rakyat Malaysia di Qatar, Awri Hazad Ibrahim, yang ditemui berkata, setelah mendengar penjelasan daripada Presiden PAS sendiri, maka dia mendapat banyak informasi yang betul, berlawanan dengan sebelum ini.

Beliau yang mengaku kebanyakkan maklumat yang beliau dapati majoritinya hanyalah bersumberkan internet sahaja, dan mendapat peluang keemasan bertemu Presiden PAS sendiri, menjelaskan segala-galanya.

“Rasa sangat puashati saya dapat bersembang dengan Ayah Chik baru-baru ini, sampai jam 10 malam lebih.

IMG_20151211_140735Semua berkaitan dengan isu hubungan dengan DAP, kenapa tak ikut undi tak percaya, pasal PAN, Pasma, isu Turki dan macam-macam sampai berjam-jam.

Rasa kesian kat Ayah Chik tapi dia tetap bersemangat bercerita dan kita semangat nak tahu,” kata Awri ketika ditemui.

Naib Ketua Persatuan Ulamak Sedunia itu berada kira-kira dua hari di Qatar bagi mengadiri mesyuarat kesatuan itu bersama ketuanya Dr Yusof al-Qaradhawi di Doha pada 6 dan 7 Disember baru-baru ini.