Wanita Mengandung Dan Anaknya, Mangsa Terbaru Serangan Udara Israel Ke atas Gaza

1161

Seorang wanita Palestin yang mengandung lima bulan dan anak perempuannya berusia tiga tahun, telah terbunuh dalam serangan udara Israel di timur bandaraya Gaza.

Sumber perubatan di wilayah yang dikepung itu menyatakan, Noor Hassan berusia 30 tahun dan Shahd meninggal dunia apabila rumah mereka runtuh berikutan bom yang dijatuhkan ke atas kem latihan ketenteraan Hamas, berhampiran rumah mereka.

Tentera Israel berkata ia menyasarkan dua tapak pembuatan senjata Hamas di kawasan itu.

Tiga yang lain cedera dalam serangan pada hari Ahad dan pasukan penyelamat Palestin terus mencari di bawah runtuhan.

Pada hari Sabtu, tentera Israel menembak mati dua remaja Palestin di Semenanjung Gaza semasa konfrontasi, kurang daripada 24 jam selepas enam orang ditembak mati semasa memprotes di sepanjang sempadan dengan Israel.

palestin west bankKementerian Kesihatan Palestin berkata Marwan Barbakh berusia 13 tahun dan Omar Othman 15 tahunditembak dengan peluru hidup di timur Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan mengesahkan sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam pertempuran dengan Israel di Gaza pada hari Sabtu.

Kementerian itu berkata dalam siaran di Facebook bahawa bilangan rakyat Palestin terbunuh sejak awal Oktober kini berjumlah 20 orang, dengan sembilan terbunuh di Semenanjung Gaza, dan 11 di Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis.

Kematian Noor Hassan dan anak perempuan beliau membawa jumlah kematian kepada 22orang.

Pada hari Jumaat, tentera Israel membunuh enam rakyat Palestin protestesting di sepanjang sempadan yang memisahkan wilayah dari Israel.

Antara yang terbunuh pada hari Jumaat adalah seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang telah ditembak di demonstrasi di perkampungan al-Faraheen, tenggara Bandar Gaza.

Sebaliknya, tentera Israel mendakwa terdapat ‘pelbagai percubaan ganas untuk menyerbu pagar sempadan’ dan ‘1000 perusuh menyusup zon penampan’, melempar ‘bom tangan, batu-batu dan melancarkan tayar yang membakar’ kepada askar Israel.