Oleh : Nooreni Abu Bakar dan
KUALA TERENGGANU – Kaum wanita di negara ini perlu sedar bahawa hanya dengan Islam yang memimpin dan memerintah, mereka akan hidup sejahtera.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Salamiah Mohd Nor mengingatkan bahawa kesejahteraan itu di dunia dan akhirat.
“Ianya merangkumi semua wanita, rakyat Malaysia terutamanya wanita muslim kerana kita menyakini adanya pembalasan di akhirat nanti.” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Muslimat Pahang berkata demikian ketika berucap di Jelajah Munaqasah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Peringkat Negeri Terengganu yang bertema ‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’ di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di sini pada 23 November.
Salamiah juga mengajak muslimat berkongsi dengan wanita lain kenikmatan iman dan Islam dengan menyebarkannya.
“Bukan rumahtangga kita sahaja ingin bahagia dan ceria kongsi bersama menikmati anugerah dari Allah,* katanya.
Manakala Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman berharap arahan yang digarapkan dapat dilaksanakan lebih proaktif dan bersepadu oleh seluruh jentera muslimat Terengganu.
“Samada untuk memantapkan ahli dan muslimat PAS ataupun memperhebatkan penguasaan dakwah menyantuni masyarakat khusus di Terengganu dengan BPMS,” katanya.












