Wakil HAMAS Yakin Keupayaan PAS

4
Delegasi antarabangsa Yang hadir Pada Majlis peasmian Muktamar Kali-72

KOTA BHARU – Wakil HAMAS, Thaher al-Nunu yakin dan percaya dengan kemampuan PAS untuk melaksanakan apa yang telah digariskan dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-72 di Pusat Tarbiyyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu hari ini.

“Apa yang saya lihat, mereka (PAS) melaksanakan perancangan di lapangan dan kami melihat sendiri sokongan dan bantuan yang mereka berikan dalam banyak program di Palestin.

“Kami melihat apabila mereka menghantar bantuan ke Gaza, membuktikan kepercayaan mereka yang kita adalah satu bangsa di Malaysia, Gaza, Mesir dan di seluruh dunia”, jelas beliau dengan penuh keyakinan apabila ditanya sejauh manakah keyakinan beliau dengan keupayaan PAS melaksanakannya.

Selain itu Taher juga berterima kasih atas jemputan khas kepada jemaah mereka oleh PAS dan merasa tersentuh dengan keperihatinan PAS terhadap isu-isu yang melibatkan Islam dan perjuangan rakyat di Palestin yang ditekankan dalam ucapan dasar itu.

Thaher al-Nunu

“Apa yang penting yang kami dengar dari ucapan beliau ialah berkenaan ummah dan solidariti PAS kepada Palestin dan kesatuan ummah Islam yang mana Islam adalah penyelesaian.

“Inilah slogan kita (orang-orang Islam) apa yang kita percaya dan usahakan bersama dengan seluruh muslim dan dunia untuk mengambil bahagian dan kita mesti terus bekerja bersama-sama untuk menunjukkan kebersamaan kita semua.

“Inti (ucapan dasar) ini berkenaan Islam sebagai penyelesaian adalah sesuatu yang kita inginkan dari muslim di seluruh dunia untuk berkerja bagi (pembebasan) Juruselam, al-Quds dan juga untuk semua negara sebagai satu bangsa kerana kita semua muslim”, ujar beliau yang bersetuju dengan isi ucapan itu.

Beliau juga merakamkan tahniah daripada seluruh rakyat Palestin kepada PAS yang telah berjaya mengadakan muktamar ini dan berharap ia berjalan dengan jaya.