Parlimen Mesir telah meluluskan undang-undang baharu yang akan melarang polis daripada memberikan maklumat kepada media tanpa kebenaran kerajaan, satu langkah yang dikecam pengkritik yang menyifatkan, satu percubaan untuk terus menutup penyalahgunaan kuasa dan rasuah peringkat tinggi.
Pindaan kepada undang-undang pihak berkuasa polis, yang diluluskan oleh Parlimen pada hari Selasa, akan menghalang pegawai polis daripada memberikan maklumat atau menerbitkan apa-apa dokumen, laporan atau foto yang berkaitan dengan kerja mereka tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri.


Pada bulan Februari, Presiden Rampasan Kuasa Mesir, Abdel Fattah el-Sisi kepada menteri mengarahkan kementerian dalam negeri untuk melumpuhkan penyalahgunaan kuasa polis.
Untuk mencapai matlamat, beliau mengemukakan cadangan kepada Parlimen, ekoran tindakan seorang pegawai polis yang berpangkat rendah menembak mati seorang pemandu, kerana berhujah tentag soal harga tambang.
Tetapi pengkritik melihat pindaan yang sedang direka untuk menutup penyelewengan dan kejahatan di peringkat tinggi.
“Undang-undang ini adalah satu lagi contoh daripada usaha berterusan kerajaan untuk melemahkan ketelusan yang penting untuk berfungsi dengan sebuah negara moden,”


Pada masa yang sama, pindaan itu juga menuntut para pegawai polis menghormati hak asasi manusia.
Kumpulan hak asasi manusia dan peguam telah lama mengadu tentang apa yang mereka lihat sebagai budaya bebas daripada hukuman di kalangan pegawai di Mesir dan mengatakan bahawa keganasan polis adalah meluas.
Sumber: Agencies



























