DUNGUN – Parti Umno ada saham dalam kerja buat DAP menentang usaha melaksanakan Islam dan menentang penyatuan bangsa Melayu di negara ini kerana mereka bersama dalam kerajaan perpaduan.
Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata, DAP mempunyai kuasa peringkat kerajaan Persekutuan kerana ahli-ahli Parlimen Umno memberikan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
“Banyak perkara yang melibatkan orang Melayu, orang Islam semakin terhakis. Menteri Wilayah diambil daripada DAP, Timbalan Menteri Wilayah diambil daripada DAP,
“Menteri yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan juga diambil daripada DAP, tempat yang ada strategik dipegang oleh DAP , kalau dia tidak memerintah dia tak dapat buat semua ni,” jelasnya
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Ceramah PASCA Sidang DUN di tapak pasar pagi Bukit Merah di sini pada semalam 12 Januari.
Oleh itu beliau berharap sangat, agar orang Melayu Islam dapat ‘celik mata’ tengok perkembangan politik masakini.
Beliau menambah, masyarakat di kampung masih lagi bersama Umno, sedangkan kata beliau, hasil gabungan Umno dengan DAP menyebabkan kerajaan melaksanakan pelbagai tindakan yang pelik-pelik yang mencabar Islam dan orang Melayu,


“Dulu kawasan sekolah tidak boleh ada agenda yang tidak baik, tiba -tiba pemimpin DAP nak buat pesta minum arak dalam kawasan sekolah,
“walaupun asalnya kerajaan tidak membenarkan, hasil tekanan puak ini, sekarang dibenarkan, punyalah ‘ power’nya DAP yang menguasai kerajaan perpaduan.” ujarnya.
Isu berkaitan yang terbaru, kata Ustaz Azman, Sultan Selangor murka kepada kerajaan kerana diluluskan projek pelihara babi dengan beratus-ratus ekar di kawasan majoriti Melayu.
“Dalam kawasan majoriti Islam, yang sebahagian pemimpin Selangor DAP yang berani buat begitu kerana sebahagian orang Melayu sokong mereka, hari ni Tuanku murka minta alih ke tempat lain,” tegasya.
Beliau turut bersyukur kerana rakyat Terengganu mempunyai kesedaran politik yang tinggi menyokong PAS, terutama dalam kalangan anak-anak muda di setiap pelosok negeri.
“Anak muda bersama dengan PAS di Kelantan, Kedah , Perlis dan kita meletakkan sasaran berdasarkan dengan.anak muda sekarang,
“insya-Allah negeri Pahang akan tumbang kepada kerajaan PAS, Insya Allah Negeri Perak akan tumbang dan PAS akan naik termasuk di Selangor,” ujarnya lagi.




























