Umat Islam Patani Tidak Lupa Kezaliman Askar Siam

1686

Narathiwat, THAILAND – Umat Islam Patani tidak akan melupakan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah Siam apabila kerajaan Patani ditewaskan oleh pemerintah Siam pada tahun 1786.

Menurut seorang pengkaji sejarah Rosli Ibrahim, sekiranya Patani tidak kalah kepada Siam masa itu, wilayah-wilayah selatan Thailand akan terus dikenali sebagai Patani Darussalam.

“Masa dulu wilayah-wilayah di Patani juga DI perintah oleh raja-raja, apabila kalah, keturunan raja-raja melarikan diri ke negeri Kelantan, para panglima dan pendekar, ramai yang lari ke Terenggamu,

“rakyat biasa yang tak dapat melarikan diri telah dicucuk betisnya dengan rotan, dimasukkan dalam kapal,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika bersama rombongan Jaulah Istiqamah; Jejak Berduri Seorang Murabbi (JBSM), Kembara Pengkisahan yang dianjurkan bersama oleh Unit Media dan Penerbitan, Lujnah Penerangan PAS Terengganu dengan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

Rosli menyambung, rakyat yang ditawan oleh askar-askar Siam dibawa dengan kapal ke Ayuthia (sekarang Bangkok), ibu negara Siam.

20150903_164254Menurutnya, oleh kerana kesakitan, ramai yang telah meninggal dunia dan tidak sampai ke Bangkok.

Namun begitu, umat Islam Patani yang terselamat dan tiba di ibu negara Thailand itu kini boleh ditemui di sebuah kampung yang bernama ‘Rotan’ di Bangkok.

Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abul Wahid Endutdan balu al-Marhum To’ Puan Zaitun Salleh

Beliau teruja mengikuti kembara ini kerana ia adalah berkait dengan pengkisahan perjuangan mantan Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat al-Marhum Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Katanya, ketika Operasi Lalang dilaksanakan oleh pihak berkuasa sekitar tahun 1988, al-Marhum telah lari menyembunyikan diri di wilayah Narathiwat bagi mengelakkan diberkas dengan undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“arwah Ustaz Bakar pernah ditahan dengan ISA, jadi memang zalim dan susah……..nak melawat dia di kem Kamunting…….nak beri sehelai kain pelikat pun susah,

“sebab itu kami ketika itu menasihatkan beliau agar mengelakkan dari ditahan dengan akta itu,”ujarnya.

Seramai 40 orang aktivis PAS Terengganu disertai oleh 8 aktivis media, memulakan perjalanan kira-kira jam 3 petang dengan menaiki sebuah bas.

Mereka sampai di sini pada jam 9.20 malam waktu tempatan dan akan memulakan kembara menjejaki perjalanan al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik disamping mendalami sejarah perjuangan umat Islam Patani.