Pasukan keselamatan pemerintah junta Mesir terus melakukan kempen ganas, menyerbu ke rumah-rumah semua mereka yang menentang rampasan kuasa dan rejim yang tidak sah.
Tindakan ditumpukan kepada pelbagai bandar dan kampung-kampung d wilayah Ismailia dan menangkap lebih daripada 25 orang pada petang Sabtu, dua hari menjelang ulang tahun ke 5 revolusi.


Pasukan keselamatan kerajaan rampasan kuasa al-Sisi mestilah bertanggungjawab kepada kehilangan secara paksa Ahmed Mohamed Aweys, pelajar di Fakulti Perubatan Universitu Terusan Suez Canal dan Abdel-Rahman Raafat serta Ahmed Mohamed Eid, tahun ketiga pelajar sekolah menengah.


Keluarga dan pertubuhan hak asasi manusia di wilayah Ismailia mendakwa pengarah keselamatan di Ismailia dan juga pasukan keselamatan di kawasan pemerintahan itu, bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan saudara-mara dan keselamatan diri mereka.
Satu kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi Ikhwan Muslimin itu menegaskan, tidak akan mengadakan sebarang perundingan dengan pemerintah Mesir yang telah menzalimi dan membunuh rakyat sendiri.
“Kami tidak akan berunding dengan pembunuh dan penjenayah. Kami tidak akan berkompromi dengan hak-hak orang yang mati syahid, banduan, yang cedera,


Ikhwan juga menyeru agar rakyat Mesir terus menentang pemerintah Mesir dan melengkapkan revolusi yang telah dimulakan pada 25 Januari 2011 yang lalu.
“kita idak akan berkompromi dengan hak-hak penuh semua rakyat Mesir. Ini semua adalah satu perkara yang melibatkan orang ramai, mereka yang tidak ada kumpulan, badan atau institusi mempunyai hak untuk masuk ke dalam perjanjian atau persefahaman.
“Ini adalah satu perkara yang melibatkan orang berani yang telah dipilih untuk melengkapkan revolusi sehingga akhir,”tambah kenyataan itu.


























