Turun Ziarah Rumah Penduduk, Bukan Sekadar Bertanya Khabar

4

KUALA TERENGGANU – Aktiviti turun menziarahi rumah penduduk dalam kawasan yang diwakilinya, bukan sekadar untuk bertanya khabar, bahkan menggunakan peluang dan ruang masa yang untuk melihat sendiri bagaimana kelangsungan kehidupan rakyat.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu YB Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, ada perkara yang tersirat yang hanya dijetahui apabila bertemu mata dengan mereka.

“Bagi saya, ia menjadi ruang untuk mendengar sendiri keadaan, keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.” kata ADUN Batu Buruk itu .

Beliau berkata demikian melalui catatan dalam dua sosialnya, Selepas menziarahi beberapa buah rumah di sekitar DUN Batu Buruk, semalam.

“Ada perkara yang mungkin tidak sampai melalui laporan atau perbincangan di pejabat, tetapi dapat difahami dengan lebih jelas apabila kita hadir sendiri bertemu rakyat.” tambah beliau.

Oleh itu, beliau berharap agar semua ahli dan penyokong PAS berterusan, beramal dengan kegiatan makruf tersebut.

“Insya-Allah, budaya ziarah dan mendekati rakyat akan terus diperkasakan. Amanah kepimpinan bukan hanya berada di pejabat,

“tetapi sentiasa bersama masyarakat dan berusaha sedaya upaya mencari jalan untuk membantu.” jelas beliau.

Justeru katanya, semoga setiap kunjungan membawa sedikit kegembiraan dan manfaat kepada keluarga yang diziarahi.