Turki Pertahan Tindakan Tembak Pesawat Rusia, Obama Sokong

831

Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu berkata, negara itu mempunyai hak untuk mengambil “semua jenis langkah-langkah” terhadap pelanggaran sempadannya.

Beliau berkata demikian berikutan laporan bahawa jet pejuang Turki menembak jatuh pesawat tentera Rusia yang melanggar ruang udara Turki pada awal hari Selasa.

davut-37-0166675Bercakap di Ankara, Davutoglu berkata, tindakan pihak keselamatan negaranya itu adalah merupakan amaran kepada semua pihak yang mungkin akan cuba menceroboh.

“Kami mahu seluruh dunia tahu bahawa kami akan mengambil semua langkah yang perlu dan membuat apa saja pengorbanan apabila ia menghadapi soal kehidupan dan maruah rakyat kami,

“dan untuk keselamatan sempadan kami ketika negara kami adalah sedang berada di dalam bulatan api (stria yang bergolak).”

Davutoglu berkata, Turki telah menjalankan “hak antarabangsa dan tanggungjawab negara” dengan menembak pesawat yang pihak Rusia yang didakwa telah terbang merentasi wilayah Hatay selatan negara itu.

Perdana Menteri Turki itu menggesa masyarakat antarabangsa bertindak mengenai konflik yang sedang berlaku di Syria.

1904d34122f041eaa4df5199368ee374_18“Mari kita memadamkan api di Syria,” kata Davutoglu, sambil menambah: “Mesej kami adalah jelas untuk tentera rejim Syria, pertubuhan-pertubuhan pengganas atau kuasa-kuasa asing yang lain yang terlibat dalam ‘mencurah api’ membunuh kaum Turkmens, Aleppo Arab atau Azaz Arab, Kurd atau Turkmens, bukannya meletakkan api di Syria.
“Semasa menjalankan tindakan berkesan memerangi keganasan kita sedar bahawa prasyarat untuk memerangi keganasan adalah membesarkan generasi muda dalam keamanan dan kasih sayang dikalangan mereka antara satu sama lain,” katanya.

Beribu-ribu kaum Turkmen baru-baru ini telah dipindahkan disebabkan oleh serangan udara dan darat serentak oleh tentera kerajaan Syria dan jet pejuang Rusia.

Sehingga kini Kira-kira 2,000 Turkmen Syria telah tiba di selatan Turki dalam beberapa hari yang lalu.

Pesawat perang Rusia sebelum ini beberapa kali melanggar ruang udara Turki dan sekurang-kurangnya dua kali pada bulan Oktober.

Kejadian itu berlaku dalam beberapa hari permulaan kempen udara Rusia di Syria sejak 30 September lalu dan telah mengakibatkan penghukumanan antarabangsa.

hollande_1Sementara itu, dalam sidang akhbar bersama dengan Francois Hollande di Rumah Putih, Barack Obama berkata, kejadian pagi semalam menunjukkan kepada “masalah berulang dengan operasi Rusia”.

Katanya masalah itu adalah bahawa Rusia sedang beroperasi berhampiran sempadan Turki dan memerangi sasaran bukan ISIL, lapor akhbar The Telegraph.

Beliau berkata AS masih dalam usaha mendapat butiran mengenai apa yang telah terjadi, tetapi “Turki, seperti mana-mana negara, mempunyai hak untuk mempertahankan wilayahnya dan ruang udara”.

Beliau berkata adalah penting bahawa Rusia dan Turki berunding, “dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang peningkatan”.