Turki sedang berunding dengan Israel dan Mesir bagi mewujudkan koridor udara untuk menyediakan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan memindahkan beribu-ribu rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan.
Menteri Luar Ahmet Davutoglu berkata beliau juga telah menghubungi Mahmud Abbas bagi tujuan tersebut.


“Mereka memerlukan terapi perubatan segera, dan kami telah memperuntukkan tempat di hospital kami untuk mereka,” kata Davutoglu memberitahu agensi Reuters dalam satu wawancara.
“Kita bercakap dengan kedua-dua Mesir dan Israel untuk mempunyai ‘jambatan udara’ bagi menghantar bantuan kemanusiaan … Jika kebenaran diberikan, ambulans udara kita akan membawa penumpang (watga Gaza) itu.
Menurutnya, Kementerian Luar Turki menyambut baik cadangan Mesir bagi gencatan senjata 72 jam di Gaza yang berkuat kuasa pada 08:00 waktu tempatan pada hari Selasa.
“Kami ingin bahawa gencatan senjata ini akan membentuk asas yang diperlukan untuk rundingan bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di Gaza,
“Perlu difahami bahawa gencatan senjata yang berkekalan di rantau ini hanya akan mungkin dengan mengangkat sekatan di Gaza,” katanya.


Katanya, beliau telah bercakap dengan pemimpin Hamas Khaled Mashal melalui telefon dan dimaklumkan bahawa gencatan senjata itu sedang dilaksanakan.
Rejim Israel telah menyerang semenanjung Gaza yang dikepung, rumah kepada 1.8 juta orang, sejak 7 Julai.
Sekurang-kurangnya 1867 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh dan 9450 lagi cedera dalam serangan tidak henti-henti oleh kerajasn haram Israel.
Tentera Israel, bagi pihaknya, mengesahkan pembunuhan 64 tentera dalam operasi pertempuran Gaza.





























