Tuntut Pilihanraya Baru – mogok lapar tiga hari

798

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/mogoklapar.gifKempen terbaru itu adalah untuk menuntut satu pilihanraya baru diadakan dinegeri Perak bagi mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan kepada rakyat negeri Perak.

ADUN Pantai Remis Ngah Kor Ming yang ditemui TVPas berkata mogok lapar itu akan diadakan bermula minggu depan sehinggalah DUN di bubarkan

Manakala Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi media mengesahkan tindakan tersebut akan diadakan.

“Ya, ya… kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa),” katanya yang menambah bahwa, langkah itu telah lama diputuskan dan tidak ada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

“Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat… mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka,” kata beliau

Namun katanya, tidak dapat di pastikan berapa ramai yang menyertai kempen selama tiga hari itu..

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar “untuk mendapatkan kembali hak rakyat.”

Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.