Penunjuk perasaan bertopeng dan berpakaian hitam membawa bendera ‘anarkis’ memecahkan tingkap, menyalakan kebakaran dan bergelut dengan polis pada rusuhan Jumaat di pusat bandar Washington.
Perarakan berlaku dalam jarak blok sahaja dari lokasi mengangkat sumpah jawatan Presiden Donald Trump.
Polis Washington menahan sekurang-kurangnya 217 orang kerana tindakan vandalisme yang dilakukan pada demonstrasi aman yang terjadi meliputi seluruh bandaraya, membantah majlis Trump.


Pihak penguatkasa bertindak balas dengan gas pemedih mata dalam beberapa kajidian yang du beberapa tempat.
Sebaik gerombolan Trump berlegar naik di Pennsylvania Avenue dalam perarakan ke Rumah Putih, penunjuk perasaan telah memcahkan tingkap dan membakar sebuah ‘limosin’ mewah.
Penunjuk perasaan juga menyekat lalu lintas dengan membakar tong sampah sambal melaung, ” Kami menentang Presiden Trump” dan “Trump bukan presiden saya”
Ketua Polis Peter Newsham berkata sekurang-kurangnya 217 orang telah ditangkap dan akan ditahan semalaman sebelum mereka didakwa di hadapan hakim.
“Pertuduhan itu adalah rusuhan,” katanya kepada pemberita.
“Hasrat kami pergi ke acara ini adalah untuk membuat sifar tangkapan, dan malangnya mereka memaksa tangan kami.”katanya lagi.
Demonstran terdiri dengan pelbagai kumpulan antaranya anti-perkauman, anti-perang, feminis, LGBT dan pro-imigresen


“Kami mengalami kerosakan yang ketara dalam beberapa blok di bandar kami,” katanya, sambil menambah, “Ia adalah peratusan yang sangat, sangat kecil dari orang-orang orang yang datang ke sini untuk berhimpun secara aman di bandar kami.”
Kumpulan berpakaian hitam dengan kain rentang ‘anarkis dan anti-fasis’ boleh dilihat bergerak dengan cepat di pinggir protes utama.
Beberapa penunjuk perasaan yang membawa cota dan senjata lain, kata polis, manakala sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan yang cedera dan telah menerima rawatan bagi kecederaan kepala.
Tingkap hadapan beberapa premis perniagaan termasuk Starbucks dan Bank of America telah diremukkan.





























