Trump Pecat Peguam Negaranya

2228
Trump menandatngani penguatkuasaan larangan imigresen

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memecat Peguam Negaranya, Sally Yates, yang mengambil langkah ingkar dan menolak arahan untuk menguatkuasakan larangan imigresen.

Sally Yates pada awal hari Isnin telah mengarahkan peguam Jabatan Kehakiman agar berhenti mempertahankan perintah eksekutif Trump, menyebabkan beliau dipecat beberapa jam kemudian.

“Pemangku Peguam Negara, Sally Yates, telah mengkhianati Jabatan Kehakiman dengan menolak dari menguatkuasakan perintah undang-undang yang diarahkan untuk melindungi rakyat Amerika Syarikat,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih dalam satu kenyataan yang luar biasa.

Yates……Ingkar laksanakan arahan Trump dan dipecat serta merta

“Yates adalah seorang pegawai pentadbiran dilantik Obama yang lemah di sempadan dan sangat lemah pada pendatang tanpa izin. “tambah kenyataan itu.

Yates sebelumnya telah bersetuju untuk berkhidmat sebagai pemangku sehingga Senator Jeff Sesyen, orang yang dipilih Trump sebagai Peguam Negara AS, disahkan oleh Senat AS.

Dengan itu, Rumah Putih berkata Dana Boente, peguam AS untuk Daerah Timur Virginia, kini akan bertindak sebagai pemangku Peguam Negara itu,mengganti Sally Yates

Boente berkata dalam satu temu bual dengan akhbar Washington Post, beliau akan menguatkuasakan perintah imigresen Trump.

Keputusan itu dibuat Trump yang hanya pada minggu kedua di pejabat, mengarahkan larangan imigresen menyeluruh telah menjadi krisis politik yang semakin meningkat.

Perintah Trump menggantung program pelarian Amerika Syarikat untuk 120 hari dan menghalang semua kemasukan untuk warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman untuk sekurang-kurangnya 90 hari.

Pengambilan pelarian dari Syria yang kini sedang dimusnahkan oleh perang kejam dengan 400,000 orang terbunuh, telah digantung selama-lamanya.