Toyota Tutup Kilang Australia

1332

Toyota akan  menamatkan pengeluaran kenderaan dan enjin di Australia pada akhir 2017, dn mungkin mengurangkan operasi pembangunan dan pusat teknikal, menandakan berakhirnya industri pembuatan kereta di negara ‘kangaroo’ itu.

Tahun lepas, Ford dan unit Holden General Motors ‘juga mengumumkan rancangan untuk menghentikan pegeluaran kereta di Australia.

Kira-kira 2,500 penduduk bakal hilang pekerjaan akibat daripada keputusan Toyota, yang dikaitkan dengan kos pengeluaran yang tinggi.

toyota tutup kilang1“Kami percaya bahawa kita harus terus mengeluarkan kenderaan di Australia, dan Toyota dan tenaga kerja di sini membuat segala usaha,”

“Namun, faktor negatif seperti pasaran yang sangat berdaya saing dan dolar Australia yang kukuh, bersama-sama dengan ramalan pengurangan dalam jumlah skala pengeluaran kenderaan di Australia, telah memaksa kita untuk membuat keputusan yang menyakitkan ini.”kata Presiden Toyota Akio Toyoda.

Gergasi auto Jepun itu, yang pertama kali mula membuat kereta di Australia pada tahun 1963 berkata, ia “berhasrat untuk memberi sokongan yang terbaik yang boleh, termasuk bantuan pekerjaan” untuk mereka yang terjejas oleh keputusan itu.

Vivek Vaidya, seorang penganalisis automotif di perundingan Frost & Sullivan, berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan Toyota.

“Toyota merupakan pengeluar yang ke empat di Australia selepas keluarnya (dari industri) daripada Mitsubishi, Ford dan Holden,”

“Kos buruh di Australia terlalu tinggi untuk harga yang kompetitif dalam pengeluaran.”katanya

Encik Vaidya juga berkata negara kereta yang menghasilkan saingan seperti Thailand dan Amerika Syarikat lebih menarik dari segi kos pembuatan. – sumber BBC