TMT : Teguh Pimpin Terengganu, Sedia Terajui Malaysia

472

KEMAMAN – PAS Terengganu telah melancarkan gagasan baharu iaitu Teguh Memimpin Terengganu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 serta memberi isyarat sedia untuk menerajui kerajaan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Husain Awang berkata, melalui gagasan baharu yang diperkenalkan itu menyatakan hasrat dan keupayaan untuk memimpin negara ke arah yang lebih baik bukan sahaja untuk mempertahankan kemenangan di negeri ini.

Katanya, kini hanya PAS yang masih teguh dengan prinsip Agama Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu adalah Islam dengan matlamat melaksanakan syariat Allah, mempertahankan kedaulatan bangsa asal serta kedaulatan negara yang dahulunya dinamakan sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan masih kekak tercatat dalam jata negara.

“PAS merupakan parti yang tidak bersalah, tidak berdosa dan tidak penah berbohong kepada rakyat, malah tidak pernah ada skandal, salah guna kuasa sebagaimana yang dibuktikan melalui sejarah di Kelantan lebih 30 tahun dan dua kali menjadi kerajaan di Terengganu 1999 hingga 2004 dan 2018 sehingga sekarang.

“Terus memikul amanah Allah, memikul amanah rakyat dengan tabah dan penuh berintegriti sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu memimpin bermula dari tahun 2017 sehingga kini  telah mengendalikan dua kali PRU amat berbangga dengan anda semua seluruh rakyat negeri ini yang telah membanggakan kami Parti PAS dan berterima kasih kepada semua pengundi di Terengganu kerana memberikan kepercayaan dan kemenangan mutlak kepada PAS,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perasmian Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT), Peringkat Parlimen Kemaman, Padang Astaka, Chukai, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata dalam menghadapi PRU Ke-16 yang semakin hampir negara dihidangkan dengan politik dalaman parti yang menerajui negara semakian bercelaru segala janji tiada ditepati.

“Dulu meraung-raung berguling di jalan raya dengan slogan reformasi sekarang ini yang ditentang dahulu dibuatnya semula dan lebih parah malah lebih ganas dan lebih dahsyar daripada dahulu.

“Dahulu marah terhadap salah guna kuasa, marah kepada rasuah sekarang yang dituduh 47 kes rasuah dan salah guna kuasa diampun dan diangkat menjadi menteri karbinet dalam negara.

“Dahulunya marah harga minyak naik, maka janji nak turunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam, sekarang harga minyak masih tidak turun tetapi subsidi bahan itu pula yang dihapuskan.,”ujarnya.

Tegasnya, rakyat terus menerus menjadi mangsa dengan parti yang menerajui negara pada waktu ini hanya pandai berjanji termasuk dalam menjanjikan kawasalan harga barang namun apa yang terjadi rakyat disajikan dengan kenaikan harga barang yang mencanak dan melambung tinggi sehingga lebih 40 peratus.

“Juga dahulunya menjanjikan pendidikan percuma dan menghapuskan hutang PTPTN, sekarang jelas mereka berbohong.

“Dahulu PKR adalah Parti keadilan rakyat berjuang menentang kronisme, menentang nepotisme skarang yang jadi ialah presiden adalah aku, timbalan presiden anak aku dan penasihat adalah bini aku maka PKR telah bertukar menjadi parti kelentong rakyat,”katanya.

Begitu juga UMNO katanya, dahulu perjuangan ABATA sekarang ini telah lari dan menyeleweng dan bertukar menjadi perjunagan demi kuasa.

“Sanggup menggadai maruah bangsa sehingga kuasa memimpin rela diserah kepada bangsa lain,”tegasnya lagi