Tinggal Legasi Ilmu

152

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – kepimpinan parti di semua peringkat diseru agar mengamalkan dan berkongsi ilmu kepada orang lain.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Terengganu, YB Dato’ Haji Yahaya Ali berharap perlu bersedia ke arah itu khususnya orang-orang muda berlatar pendidikan yang baik.

“Berilah tumpuan untuk kita belajar daripada sesiapa sahaja, biar banyak berkomunikasi dengan orang. Itu penting sebenarnya. Semakin banyak berkomunikasi dengan orang makin banyak benda yang kita tahu. Kita tak akan jadi kekok.

“Apa sahaja pengalaman dalam apa-apa bidang apabila kita bekerja untuk perjuangan ini kita kena curahkan supaya dapat dirasaI dan dimiliki keparakaran oleh orang lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika meraikan kakitangan Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) pada semalam.

oMenurutnya, legasi yang ditinggalkan ini sangat penting supaya apa yang ada pada sedikit sebanyak membantu supaya pengurusan parti lebih teratur.

“Kita sekarang ini perlu ke depan. Orang mula melihat kita dengan kekuatan yang ada ini. Kalau kita boleh uruskan parti dengan baik dan disebalik kekuatan parti itu ada wira yang tidak didendang. Kitalah.Kita yang merupakan tenaga penting yang menguruskan parti .

“Kalau kita lambat dan lembab ia akan memberi kesan pada perjalanan pengurusan itu sendiri. Kalau kita cekap kita menguruskan dengan baik . kecekapan itu tidak boleh hanya dilihat kita menyelesaikan kerja kita kecekapan itu antara lain dilihat dari sudut berapa lama masa boleh siapkan,” ujar Dato Yahaya.

Beliau menambah,peranan sekarang lebih besar dari segi nak pertahankan kerajaan dan juga menguruskan tanggungjawab yang lain.

“Kita kena bergerak kearah itu. Oleh sebab itu kita kena bina parti kita dari segi bermula dari atas walaupun di bawah itu memang pentinglah.

“Keburukan kepimpinan bermula kepala. Kalau kepala ikan itu buruk habislah melibatkan semua anggota yang lain. Kita harap perkara seumpama ini kita rancang sungguh-sungguh,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap seluruh kepimpinan agar lebih bersungguh-sungguh bekerja kuat di pangkalan masing-masing dan bersabar dengan apa yang dihadapi ini merupakan teras kepada perjuangan.

“Kita kena sabar dengan perjuangan , jangan susah sikit mundur sebab musuh kita lebih sabar dari segi menghadapi menguruskan tanggungjawab,” tambah Dato’ Yahaya lagi.