Tindakan SU DUN Melampaui Bidang Kuasanya Kata Majlis Peguam

1404

Majlis Peguam mengisyhtiharkan hari ini, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Abdullah Antong Sabri bertindak diluar bidang kuasanya dalam usaha menghalang Speaker DUN, meneruskan Sidang Tergempar DUN  esok (hari ini 3 Mac).

“Setiausaha DUN adalah pekerja DUN, Saya tak fikir adalah sah baginya untuk berkata DUN tidak boleh bersidang,”kata Timbalan President Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (Gambar kanan)

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/Kesavan.jpg“Yang nyata, dia bersimpati dan berpihak kepada Barisan Nasional, namun samada salah atau betul DUN memanggil sidang, dia (Abdullah) tidak mempunyai kuasa untuk berkata apa-apa,

“dia harus menerima arahan daripada orang atasannya, iaitu Speaker DUN Perak,” tambah Ragunath yang bercakap kepada Malaysian Insider.

Petang kelmarin, Abdullah Antong mengeluarkan kenyataan yang mengisytiharkan Sidang Tergempar DUN Perak adalah ‘tidak sah’, dan menafikan secara langsung arahan Speaker, V. Sivakumar.


Semalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak mengeluarkan notis yang menyatakan pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzwan dikunci bagi mengahalang sidang Tergempar DUN Perak yang terletak dalam kawasannya.


Ragunath menjelaskan tindakan Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Perak yang mengambil arahan dari pihak eksekutif, mungkin arahan terus dari kerajaan persekutuan, adalah bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa diantara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Dengan tindakan itu, tindakan Setiausaha Kerajaan boleh di cabar di mahkamah.

Ragunath juga berkata, sidang DUN tidak perlu duduk dalam bangunan rasmi Dewan Undangan Negeri untuk mengesahkan keputusannya.

“Bangunan DUN hanyalah satu simbol, yang lebih penting siapa yang bersidang, sekiranya bangunan DUN terbakar, adalah mustahil untuk mereka duduk didalamnya, jadi apa yang mereka akan lakukan?,”ujar Ragunath.

Ragunath juga mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Perak yang memberi amaran akan bertindak kepada orang ramai yang berhimpun dihadapan bangunan DUN Perak esok kerana katanya ia adalah sebuah perhimpunan haram.


“Pihak polis sebagai agensi penguatkuasa mestilah bertindak berkecuali, sekarang tindakan polis adalah bersikap anti Pakatan Rakyat,”tambah Ragunath.