Tiga Roket Dari Gaza Melanda Selatan Israel

888

Pejabat tentera rejim Israel mendakwa tiga roket dari Gaza telah dilancarkan ke Israel pada pagi Isnin, melanda kawasan yang tidak didiami di Majlis Daerah Sha’ar Hanegev.

Sumber itu berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Namun begitu serangan roket yang didakwa tidak mengenai sasara iti telah menakutkan pihak rejim.

Pada minggu lepas, jet Tentera Udara rejim Israel telah meyerang lima sasaran di Semenanjung Gaza berikutan serangan roket ke selatan Israel beberapa malam sebelumnya.

Sementara bulan lepas , tentera udara rejim turut menyerang 29 sasaran di seluruh Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket Jihad Islam di Selatan.

Menurut sumber pertahanan Israel lebih daripada 30 roket dilancarkan dalam masa serentak dari utara dan selatan Gaza dan meletup di wilayah Israel.

Perisai ‘Iron Dome’ anti-roket Israel yang ditempatkan di Sderot walaupun berjaya menembak jatuh tiga roket namun tidak mampu menghalang semua serangan ke seluruh bandar.

Pengeboman Negev barat pada bulan Mac lalu adalah serangan terbanyak roket dari Gaza sejak 2012.