Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menggesa PBB supaya melantik lebih banyak wakil dari tiap-tiap benua yang mewakili negara-negara di seluruh dunia.
“Ahli-ahli tetap hanya mewakili Eropah, Amerika, dan Asia, tidak ada negara yang mewakili dunia Islam.” kata Erdogan semasa majlis pecah tanah kampus baru untuk Yildirim Beyazit University di Ankara.
Majlis Keselamatan PBB hanya terdiri daripada 15 orang ahli, dengan Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Perancis dan China yang berkhidmat sebagai lima anggota tetap badan.
Ahli-ahli tidak tetap dipilih untuk tempoh dua tahun oleh Perhimpunan Agung PBB.
Erdogan juga mengulangi kenyataan beliau yang terkenal bahawa “dunia adalah lebih besar daripada lima (negara itu),” dalam rujukan kepada ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan, yang boleh menggunakan kuasa ‘veto’ untuk memutuskan apa-apa ketetapan.
“Nasib semua negara lain di seluruh dunia tidak boleh bergantung kepada apa yang ahli-ahli tetap semasa akan berkata,” tambah beliau.
Presiden Turki mencadangkan bahawa keahlian tetap majlis keselamatan PBB ditukar secara berkala, dengan mengambil kira pelbagai etnik dan agama.
Erdogan juga berkata serangan udara di Syria dan Iraq, yang sedang dijalankan oleh gabungan yang diketuai AS terhadap Isil, tidak cukup kuat.
“Kami telah berkata bahawa Tentera Syria Bebas (Free Syria Army) seharusnya disokong menentang ISIL,” tegasnya.
Sebaliknya kata Erdogan, pakatan yang diketuai AS telah membantu Parti Demokratik Kurdish dan Parti Pekerja Kurdistan ‘yang diharamkan di Kobani, dan bukannya membantu Tentera Pembebasan Syria.










