The State Budget Of 2016 And RM 2.6 Billion ‘Donation’ For Najib

1034

Chairman of the Sarawak PAS committee for Economic cum Bintulu PAS Chief Ir. Mohd Azwani Abdul Rani congratulated on the presentation of the State Budget 2016 by the Honourable Tan Sri Adenan Satem, Chief Minister of Sarawak recently.

With the presentation of the assembly this time is considered to be the last before the state elections expected in March 2016, increasing the budget for the development of the people of Sarawak, especially in rural areas continues to increase is not surprising.

Tan Sri Adenan said the government has allocated a larger amount to RM2.65 billion for rural development, higher than the RM2.35 billion allocated last year and RM2.19 billion in 2014.

Regarding 2016 earnings prospects of revenue, he emphasized that estimated at around RM5.55 billion, with RM544 million is from forest royalties and premium. In summary, the Sarawak Government had allocated a total of RM5.97 billion, representing about 74 percent of the country’s 2016 budget to cover administrative expenses.

Sarawak Chief Minister added that Budget 2016 is based on the rural development in order to achieve greater progress as well as balanced in the country. These efforts should be applauded if the goal achieving the target. Adenan Satem some bold steps, such as state toll-free; different views with the federal government should be commended for daring to change something for the good of the people.

Azwani personally say that, this is the smarter and braver Chief Minister than the current Prime Minister of Malaysia. A leader who gave a 2.6 Billion for rural areas in Sarawak whiles someone received a “donation” of 2.6 Billion, but did not know where the outcome to the people.

Sarawak PAS view of Sarawak BN to Reconsider the loyalty if Najib guilty in the scandal of 1MDB

Chief Minister Tan Sri Adenan Satem and Barisan Nasional (BN) will reconsider their loyalty to Datuk Seri Najib Razak when he was found guilty in the scandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Adenan also said Najib so far not been found guilty of all the charges leveled against him of 1MDB.

He told the opposition that equate his allegiance to prime minister with the act in support of policies of racial and religious Umno as well as allegations of the role played by Najib in the debt-laden company, including the question of “donations” which RM2.6 billion was channeled into his personal account.

Although Adenan trying to avoid being involved with the issue of “donations” of RM2.6 billion that channeled into Najib personal accounts, he should take the opportunity to demand more rights and allocation for development in Sarawak like royalty and also does not support the Bill of National Security Council (NSC) approved by the House of Commons on last December 3, 2015.

The Bill of National Security Council are taking power of the Yang di-Pertuan Agong under Article 150 of the Federal Constitution, it is not only question the power of King but it’s more than questioning his authority and discretion which seized power entirely of the Heads of State.

If it enforced the Sarawak autonomy can also be affected and the interests of Sarawak the power can be taken over by the federal government.

This must be taken into consideration by the Chief Minister of Sarawak before giving any support to Najib as head of the National Front at the national level.

This is the best time as a Chief Minister of Sarawak dare to speak out to defend the rights of the people of Sarawak from violated by those who have an interest and abuse of power.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

Belanjawan Sarawak 2016 dan Nilai RM 2.6 Bilion “Derma” untuk Najib

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Sarawak merangkap YDP PAS Bintulu Ir Mohd Azwani Abdul Rani merakamkan tahniah atas pembentangan Bajet 2016 Negeri Sarawak oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Adenan Satem,Ketua Menteri Sarawak baru baru ini.

Dengan pembentangan sidang DUN kali ini adalah yang dianggap paling akhir sebelum Pilihanraya Negeri yang dijangka Mac 2016, penambahan belanjawan untuk pembangunan rakyat Sarawak,khasnya luarbandar terus meningkat tidaklah mengejutkan.

Tan Sri Adenan berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar, lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan pada tahun lepas dan RM2.19 bilion pada 2014.

Mengenai prospek pendapatan 2016 hasil negeri, Adenan berkata dianggarkan sekitar RM5.55 bilion, dengan RM544 juta adalah daripada royalti hutan dan premium. Secara ringkasnya, Kerajaan Sarawak memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5.97 bilion iaitu kira-kira 74 peratus daripada Bajet 2016 negeri itu bagi menampung perbelanjaan pengurusan.

Ketua Menteri menambah Bajet Sarawak 2016 adalah berasaskan pembangunan luar bandar dalam usaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar serta seimbang di negeri ini. Usaha ini harus diberi pujian sekiranya matlamat mencapai sasaran.

Beberapa langkah berani Adenan Satem, seperti Sarawak bebas tol, pandangan berbeza dengan kerajaan pusat haruslah diberi pujian kerana berani mengubah sesuatu untuk kebaikan rakyat.

Azwani secara peribadi mengatakan bahawa, ini adalah Ketua Menteri yang lebih bijak dan berani dibandingkan dengan seorang Perdana Menteri Malaysia terkini.

Seorang pemimpin yang memberi 2.6 Bilion untuk pembangunan luar bandar Sarawak, manakala seorang pemimpin lagi menerima “derma” 2.6 Bilion, tapi tidak diketahui kemana hasilnya pada rakyat.

Pandangan PAS Sarawak terhadap BN Sarawak timbang semula kesetiaan jika Najib bersalah dalam skandal 1MDB

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menimbang semula kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak jika beliau didapati bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Adenan juga berkata, Najib setakat ini tidak pernah didapati bersalah dalam semua tuduhan berkaitan 1MDB yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata demikian kepada wakil rakyat pembangkang yang menyamakan sokongannya kepada perdana menteri dengan perbuatan menyokong dasar perkauman dan agama Umno serta dakwaan peranan yang dimainkan Najib dalam syarikat sarat hutang itu, termasuk persoalan “derma” RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Walaupun Adenan cuba hendak mengelak diri dari terbabit dengan isu “derma” RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, beliau sepatutnya mengambil peluang untuk menuntut lebih banyak lagi hak dan peruntukan untuk pembangunan di Sarawak seperti tuntutan royalti dan juga tidak menyokong Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 lalu.

Rang Undang-undang MKN tersebut antara lain mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, maka ia bukan sahaja mempersoalkan kuasa Agong tapi ia lebih daripada mempersoalkan kuasa dan budi bicara baginda iaitu merampas sama sekali kuasa ketua negara itu.

Kalau ianya dikuatkuasa maka kuasa autonomi Sarawak juga boleh terjejas dan segala kepentingan Sarawak boleh diambil alih kuasa oleh kerajaan persekutuan.

Perkara ini perlu diambil pertimbangan oleh Ketua Menteri Sarawak sebelum memberi sebarang sokongan kepada Najib sebagai ketua Barisan Nasional di peringkat pusat.

Inilah masa yang paling sesuai sebagai seorang Ketua Menteri Sarawak berani bersuara untuk mempertahankan hak rakyat Sarawak dari dicabul oleh mereka yang ada kepentingan dan juga menyalahgunakan kuasa.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak