Teruskan Melangkah, Berkhidmat Dan Istiqamah

24

KUALA TERENGGANU – Jentera Muslimat PAS Negeri Terengganu antara tonggak penting dalam menggerakkan agenda khidmat masyarakat diharapkan agar terus melangkah, berkhidmat dan Istiqamah

Pemgarah Pilihan Raya PAS Terengganu Dato’ Ariffin Deraman merakamkan penghargaan dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta jentera Muslimat PAS Negeri Terengganu atas kesungguhan, komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam mempersiapkan gerak kerja menghadapi pilihan raya.

“Alhamdulillah, saya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Tok Guru, Rusila.
“Saya berharap seluruh jentera terus bekerja dengan penuh istiqamah, disiplin, hikmah dan semangat kebersamaan.” ujarnya selepas majlis tersebut, semalam.

Yang paling penting kata beliau, Muslimat teruskan usaha mendekati masyarakat dengan akhlak yang baik, santuni rakyat dan jadikan khidmat sebagai asas perjuangan.

“Semoga segala gerak kerja yang dirancang dipermudahkan Allah SWT dan diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.

“Insya-Allah, dengan kesatuan hati dan kerja yang tersusun, kita mampu membawa manfaat yang lebih besar kepada rakyat dan Negeri Terengganu.” tambah beliau