‘Teroris’ Antarabangsa Hasil Dasar Luar Barat Yang Sombong – Mantan PM Peranchis

1623

Bekas Perdana Menteri Perancis Dominique De Villepin telah berkata bahawa dasar luar Barat bertanggungjawab melahirkan titik panas keganasan di seluruh dunia dan menambah bahawa beliau menganggap ISIS (Isil) sebagai “anak cacat” hasil dari polisi itu.

Bercakap kepada sebuah stesen TV Perancis, De Villepin menyfatkan dasar-dasar luar Barat adalah sombong dan tidak menentu.

USA_intervention_bleuKatanya, keputusan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membentuk satu pakatan antarabangsa bagi melawan ISIS adalah lucu dan berbahaya.

[Gambar Kanan – peta campurtangan AS ke dalam negara asing sejak 1945 – klik untuk besarkan]

“Ia adalah kira-kira masa itu Eropah dan Amerika Syarikat belajar daripada pengalaman perang di Afghanistan,

“Pada tahun 2001, kami mempunyai (hanya) satu pusat tempat pengganas. Kini, selepas terlibat dalam operasi ketenteraan selama 13 tahun yang lepas di Afghanistan, Iraq, Libya dan Mali,

dominic_2849141b“kami telah berakhir dengan kira-kira 15 tempat pusat keganasan kerana dasar-dasar (luar) kami kontroversi.” kata ahli politik Perancis itu [Gambar kiri]

Menurutnya, kemusnahan perang ke atas Iraq pada tahun 2003 telah memberikan bantuan dan sokongan kepada rejim bekas Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki, yang menggunakan ‘permainan mazhab’ antara Sunni dan Syiah.

Beliau juga memberi amaran terhadap tindakan melancarkan perang di rantau yang mengalami keganasan yang sedang menyaksikan ‘krisis identiti’ dan berkata, tindakan demikian ‘umpama mencurah minyak di atas api’.

Setiap peperangan yang dicetuskan pihak Barat, dakwa beliau, perlu disusuli dengan penawar kepada setiap satu pihak untuk membetulkan kegagalan dan ketidakcekapan dalam bertindak balas kepada ancaman pengganas.

“Campur tangan Barat yang sistematik (seolah-olah) kelihatan operasi bebas mereka didorong oleh pelbagai cita-cita, tetapi (yang nyata) mereka telah berjaya (menghasilkan) satu akibat tunggal; kemunculan musuh jihad sukar difahami dan keruntuhan negara dan masyarakat sivil di rantau itu,”katanya lagi.

iraq invasion1“Kini kita tahu sebahagian daripada operasi yang menandakan semua ini; (contohnya) operasi di Libya pada tahun 2011 dan sejak tarikh yang telah mengubah negara itu menjadi sebuah mercu tanda pengganas di Sahara;

“dan (operasi) di Sahel, khususnya di Nigeria bersempadan Cameroon Chad dan di mana Boko Haram meluaskan cengkaman kejam disitu.

“Tetapi peperangan ini sentiasa menyuburkan peperangan baru, setiap kali lebih besar, setiap kali semakin mustahil (mengatasinya). Mereka menyuburkan keganasan di antara kita dengan janji-janji untuk membasminya (hanyalah sia-sia),”tambah beliau.

De Villepin membuat ulasannya di tengah-tengah serangan di Perancis, di mana seramai 17 orang terbunuh minggu ini.