Tentera Thailand telah mengisytiharkan undang-undang tentera pada satu pengumuman mengejutkan di Bangkok sebelum subuh pada hari Selasa 20 Mei, yang berkuatkuasa di seluruh negara tersebut.
Tindakan pihak tentera itu diambil selepas negara ‘gajah putih’ itu menghadapi krisis selama enam bulan dengan demonstrasi anti-kerajaan yang berterusan yang bertujuan mendesak Perdaa Meteriya, Yigluck Shiawatra meletakkan jawatan.
Pihak tentera berkata dalam satu kenyataan bahawa tindakan tersebut diambli untuk mengembalikan keamanan dan peraturan bagi menamatkan krisis yang mencengkam, walaupun pada wal bulan ini mahkamah telah memerintahkan Yingluck dan beberapa menteri kabinet meletak jawatan.
Pengumuman tersebut diikuti dengan tindakan anggota pasukan tentera Thailand memasuki beberapa stesen televisyen swasta yang bersimpati dengan penunjuk perasaan.
Pengumuman dibuat pada saluran 5, stesen tentera bagaimanapun menafikan tentera telah mengambil alih negara, sebalikya berkata seruan mempertahankan undang-undang dan mempertahankan keamanan, bukan rampasan kuasa.
Tindaka tersebut sebelum ini pernah disuarakan oleh beberapa pihak bagi memulihkan keadaan ‘tegang’ yang telah menyebabkan 28 orang mati dan beratus-ratus cedera.
Tentera Thailand pernah mengadakan 11 rampasan kuasa berjaya sejak pemerintahan beraja mutlak berakhir pada tahun 1932.










