Terengganu, Malaysia

Tentera Malaysia Sertai Pakatan Tentera Saudi Menentang Houthi

file-10-1431268770236562100

Tentera Malaysia pada hari Ahad tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Arab Saudi untuk menyertai gabungan yang diketuai negara itu, menyokong legitimasi di Yaman di bawah ‘Operasi Mengembalikan Harapan’.

Malaysia menjadi negara ke-12 yang menyertai gabungan tersebut selepas Senegal yang menghantar 2100 tentera untuk melawan syiah Houthi dan militan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Agensi Arab News melaporkan, Kementerian Pertahanan Saudi menjelaskan bahawa pusat operasi pakatan tentera itu sedang bersedia untuk menggabungkan tentera Malaysia dan Senegal ke dalam kedudukan dan menentukan jenis tugas yang diberikan kepada mereka.

Mohammed-bin-Naif-2Militia Houthi di Yaman, sementara itu dilaporkan, menerima lima hari gencatan senjata kemanusiaan yang dicadangkan oleh Arab Saudi.

Dalam satu lagi perkembangan penting, meriam Arab Saudi telah membedil kawasan dalam negara Yemen selepas serangan roket terbaru puak Houthi yang dilancarkan ke Najran mencederakan empat wanita.

Dalam temu bual dengan AFP, jurucakap gabungan tentera Brig. Jeneral Ahmad Al-Assiri berkata pasukan yang dipimpin Arab Saudi akan terus menyerang balas sebarang tembakan roket dari pihak lawab sehingga jam 23:00 Selasa, tarikh akhir gencatan senjata.

Beliau juga mempertahankan serangan gabungan itu terhadap dakwaan oleh kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan yang menyatakan, pengeboman udara tentera gabungan telah dilakukan dengan ‘sewenang-wenangnya’.

“militia itu harus dinilai oleh perbuatan mereka, bukan dengan apa yang mereka memberitahu media. Mari kita tunggu (sehingga) Selasa 11:00 (malam) ”

“Kami tidak menjalankan apa-apa operasi di bandar-bandar, walaupun Houthi menyembunyikan senjata mereka di kalangan penduduk. Kami mempunyai had itu dari hari pertama sebagaimana diarahkan pemimpin kita.,”kata Al-Assiri.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan