Tentera Israel Serang Pejabat Akhbar Palestin

1070

Tentera Israel menyerbu pejabat akhbar Palestin di Tebing Barat Ramallah dan mengarahkan mereka untuk menghentikan penerbitan percetakan oleh akhbar pergerakan Hamas.

“Pegawai-pegawai memaklumkan kepada kami bahawa Israel tidak akan membenarkan percetakan dan pengedaran Falastin, Al-Resala, dan Al-Istiqlal, tiga akhbar harian Hamas ,” kata Pengurus akhbar Al-Ayyam yang beoperasi di Tebing Barat, dalam satu kenyataan.

000_Nic6325665-e1399724104653Al-Ayyam telah mencetak tiga akhbar Hamas itu sejak bulan April, apabila berlaku perdamaian antara Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza saingan mereka Fatah.

Ia membawa kembali penerbitan kumpulan Islam itu kembali beredar di gerai-gerai surat khabar Tebing Barat.

Askar-askar rejim itu mengancam untuk mengambil ‘langkah-langkah konkrit’ ke arah menghentikan penerbitan Falastin, Al-Resala dan Al-Istiqlal dicetak di pejabat l-Ayyam di pusat pentadbiran Tebing Barat Ramallah, kata kenyataan itu.

Pada 23 April, Hamas dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menguasai Fatah telah menandatangani perjanjian perdamaian di mana mereka akan bekerja bersama-sama untuk membentuk kerajaan baru.

Sebaliknya, ia member tamparan kepada rejim Israel, yang menegaskan tidak akan berunding dengan mana-mana kerajaan Palestin yang disokong oleh Hamas.

Tindakan tersebut ‘meletakkan paku terakhir di keranda’ pusingan terbaru rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat.