Tentera Israel Menanam ‘Bukti Palsu’ Pada Remaja Yang Dibunuh

1398

Sebuah video yang telah dimuat naik dan kongsi ‘Pemuda Menentang Penempatan Haram’ di laman sosial Facebook menunjukkan detik-detik selepas penduduk Israel menembak mati seorang remaja Palestin di Hebron, pada Sabtu.

Pada saat ke-12 saat dalam video itu memaparkan tangan seorang askar rejim Israel menyerahkan objek kepada seorang anggota lain, yang kemudian menjatuhkannya disebelah jenazah belia yang ditembak itu.

Video ini telah menimbulkan syak wasangka bahawa tentera Israel telah dengan sengaja meletakkan pisau bagi menjadi bukti palsu.

Peneroka haram yang dilaporkan membunuh belia itu dilihat dalam video itu berjalan-jalan dengan senjata masih ditangan beliau.

Budak lelaki itu ditembak di ‘Syuhada Street’ di al-Khalili (Hebron), beliau telah dikenal pasti sebagai Fadil Qawasmi, 18.

Jalan Syuhada (Shuhada Street) adalah lokasi di mana serangan itu berlaku, adalah terletak di tengah-tengah ketegangan di bandar Lama al-Khalili di mana tentera Israel menghadkan akses kepada warga Palestin sejak tahun 1994.

https://youtu.be/nP9Dq5fWFiY