Tembak Menembak dan Pengeboman Terus Menggegar Selatan Thai

1208

Tembak menembak dan pengeboman telah menggegarkan selatan Thailand menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun maut ketika menunggang motosikal untuk menunaikan solat ke masjid.

Seorang Kolonel Polis di wilayah bergolak itu berkata, lelaki terbabit terbunuh akibat tembakan di kepala dan meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Jiraset Daongeuntrakul berkata penyerang, yang bernombor plat kenderaan tidak jelas, melarikan diri setelah membunuh lelaki tersebut.

Beliau menambah bahawa, polis tidak pasti sama ada serangan itu ada kaitan dengan konflik peribadi atau pemberontakan.

Kemudian pada waktu pagi yang sama, sebutir bom meletup di sebuah ladang sawit di wilayah Narathiwat ketika satu skuad tentera memeriksa kawasan itu.

thaiblastSeorang lagi Kolonel Polis, Jiradet Prodwang dari Balai Polis Daerah Tak Bai mengaitkan serangan yang tidak mendatangkan kecederaan, dengan pemberontak Islam.

Walaupun pemberontakan selatan telah mengakibatkan 6,500 orang terbunuh dan lebih 11,000 lagi cedera sejak tahun 2004, jumlah keseluruhan insiden keganasan di tiga wilayah selatan iru telah menurun.

Kejadian serangan di Yala, Pattani dan Narathiwat – dan juga di empat daerah di wilayah Songkhla, telah mencatatkan penurunan nyata pada tahun 2015 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pangkalan Data Wilayah Penyelidikan Southernmost, bilangan pengeboman menurun sebanyak 49 peratus pada tahun 2015 berbanding 2014.

Walaupun kerajaan telah mengambil kira angka-angka tersebut menunjukkan suatu keadaan yang bertambah baik, beberapa pemimpin masyarakat sivil telah lebih berhati-hati dalam keyakinan mereka, merujuk kepada kaedah semakin kejam yang digunakan oleh pasukan keselamatan.

“Pada peringkat dasar, pasukan keselamatan mengarahkan satu prosedur yang baik tetapi operasi sebenar untuk rondaan, membendung, mencari dan tangkapan adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya,” kata Pengarah Kumpulan Duay Jai, Anchana Heemmina, yang telah menyiasat keadaan hak asasi manusia di selatan.