‘Tangkapan Sewenang-wenangnya’ Polis Bangkok Dikecam

1975

Pertubuhan Islam Thailand mengecam satu siri ‘tangkapan sewenang-wenangnya’ baru-baru ini, ke atas para belia berasal dai wilayah selatan yang bergolak, oleh polis Bangkok.

Media tempatan melaporkan, operasi tersebut dibuat selepas maklumat tentang plot untuk meeletupkan bom muncul pada awal bulan ini.

Presiden Persekutuan Pelajar Patani (PerMAS), yang mewakili golongaan muda Melayu Islam Thai melahirkan kebimbangan mereka tentang ‘konteks dan masa serbuan seperti yang boleh menimbulkan pelanggaran hak asasi manusia’.

“Dalam keadaan politik yang rapuh, kita bimbang bahawa Bangkok akan menggunakan kita, rakyat (wilayah) Pattani, sebagai kambing hitam dan bidak dalam permainan perbalahan politik mereka,” kata Arfin Soh memberitahu akhbar Bangkok Post.

polis thai1“Kami menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi perhatian kepada isu ini,” katanya.

Sejak Isnin lalu, polis memberi amaran mengenai rancangan pengeboman yang didakwa dirancang untuk akhir pada Oktober depan.

Seramai 48 pelajar Islam dan para belia selatan Thai telah di tahan di beberapa lokasi di ibu negaranya.

Daripada jumlah itu, 25 telah dibebaskan tanpa caj manakala selebihnya ditahan sama ada dalam penjara atau di kemudahan tentera.

Empat daripada mereka telah dituduh memiliki daun ‘Krathom’, bahan ketagihan diharamkan di Thailand, sebagaimana dilaporkan pada laman web berita Prachatai, hari Khamis.

Prachatai juga memetik salah seorang pelajar yang dikeluarkan sebagai berkata, bahawa pegawai polis tidak tahu nama-nama pelajar yang mereka tangkap.

Pattani, Yala dan Narathiwat adalah tiga wilayah selatan Thailand terdapat kira-kira 80 peratus daripada penduduk terdiri daripada etnik Melayu Islam.

Pemberontakan menentang kerajaan pusat telah dilancarkan di rantau ini selama beberapa dekad.

Sejak keganasan meningkat pada tahun 2004, kira-kira 7,000 orang – orang Islam dan Buddha – telah terbunuh dan 11,000 cedera.

Pada 12 Oktober 2004, unit-unit tentera Thai melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan aman, membunuh tujuh orang di Tak Bai, Narathiwat
Pada 12 Oktober 2004, unit-unit tentera Thai melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan aman, membunuh tujuh orang di Tak Bai, Narathiwat

Serbuan telah dijalankan di Bangkok sejak minggu lalu selepas maklumat risikan muncul awal bulan ini didakwa kononnya ada pihak merancang untuk meledakkan bom sempena menandakan ulang tahun ke-12 pembunuhan beramai-ramai berpuluh-puluh orang Melayu Islam.

Pada 12 Oktober 2004, unit-unit tentera Thai melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan aman, membunuh tujuh di Tak Bai, wilayah Narathiwat.

Beratus-ratus penduduk kampung telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam trak untuk dihantar ke sebuah kem tentera di negara jiran Pattani.

Dalam keadaan sesak, 78 lagi meninggal dunia akibat kelemasan semasa dalam perjalanan.

Tindakan membuat tangkapan sewenang-wenangnya ke atas suspek Melayu Islam telah dianggap rutin di selatan sejak 2004, namun jarang berlaku di ibu negara, Bangkok.

Hakim Japantikor, seorang Muslim pembela hak asasi manusia selatan, memberitahu Bangkok Post pada hari Ahad, “kita telah melihat satu corak penangkapan sewenang-wenangnya sering ke selatan … Kami kini tertanya-tanya jika ini akan menjadi satu amalan biasa di ibu negara atau tidak.”