Tamatkan Serangan Udara, Selamatkan Orang Awam!

1329

Jangan Jadikan Marawi ‘Aleppo’ Asia Tenggara!

Beribu-ribu orang awam yang terperangkap dan tokoh-tokoh masyarakat menggesa Presiden Duterte untuk memerintahkan agar serangan udara dikawasan konflik, bandaraya Marawi yang terkepung.

Seorang pemimpin Maranao, Samira Gutoc-Tomawis telah meletak jawatan daripada Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro (BTC) sebahagiannya kerana membantah serangan udara tersebut.

“serangan udara ini telah merosakkan banyak infrastruktur awam dan harta persendirian di bandar yang kita cintai (ini),

“harta benda yang diusahakan dengan jerih payah begitu ramai keluarga banyak bersusah payah untuk membangunkanya, musnah begitu saja,” jelasnya.

Beliau kesal kerana, sehingga kini, tentera tidak boleh memberi jaminan bahawa pengeboman yang dibuat dapat mengelakkan sasaran awam.

“Lihat sahaja apa yang berlaku kepada 10 anggota tentera yang terkorban dalam kejadian salah sasaran (pada minggu lalu),

“kami menggesa Presiden untuk menamatkan serangan udara yang dibuat secara berterusan sejak awal krisis. Kami sangat bimbang, bandaraya Marawi akan hanya tinggal kepingan-kepingan sampah sarap dan runtuhan bangunan,” tegasnya.

Beliau yakin, Duterte yang disifatkannya punya rasa belas kasihan dan kemanusiaan akan mendengar rintihan dan rayuan warga Marawi.

Seorang pekerja pembangunan, Ameruddin Cali berkata, rakyat Filipina tidak boleh membiarkan bandaraya itu menjadi ‘Aleppo’ di Asia Tenggara.

Beliau melahirkan kebimbangan kerana Manila telah menghantar lebih banyak kelenkapang prang ke Marawi pada minggu lepas.

Ia turut dinayatakan dengan jelas, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin 15 badan diwilayah Lanao De Sur minggu lalu, minggu lalu.

Mereka mahukan kerajaan Filipina membuat keputusan yang bijak dalam menangai krisis dengan kumpulan militan dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan seluuruh warga Marawi.

“jangan biarkan Marawi menghadapi nasib (malang) yang sama, Tuan Presiden!,

“(Ambil) langkah terbaik daripada kejayaan operasi keselamatan (dan pada masa yang sama) kerajaan harus melindungi orang awam dan masyarakat,

“dan bukannya membuat kerosakan, “kata mereka.