Sweden akan menjadi negara utama Eropah pertama yang mengiktiraf negara Palestin, yang diiktiraf dan diluluskan secara de-facto oleh Perhimpunan Agung PBB sebagai Negara berdaulat pada tahun 2012.
Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven pada Jumaat 3 Oktober.
“Satu penyelesaian dua negara memerlukan pengiktirafan bersama dan kehendak untuk hidup berdampingan secara damai. Oleh itu, Sweden akan mengiktiraf negara Palestin,” kata Stefan Lofven (Gambar kiri) dalam ucapan sulungnya di parlimen,
Walaupun Kesatuan Eropah dan negara-negara Kesatuan Eropah, masih belum memberi pengiktirafan rasmi.
Bagi rakyat Palestin, langkah Sweden akan menjadi rangsangan dialu-alukan untuk cita-cita.
Dengan reputasinya sebagai peimimpin jujur dalam hal ehwal antarabangsa dan dengan suara berpengaruh dalam dasar luar EU, keputusan itu boleh mempengaruhi negara-negara lain memberi perhatian kepada rakyat Palestin.
Walau bagaimanapun, tindakan Sweden itu mungkin menerima kritikan kuat dari ‘musuh’ Palestin, Israel dan juga dari Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah, yang mempertahankan bahawa negara Palestin yang merdeka hanya muncul melalui proses rundingan.
Sementara itu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan meminta negara-negara penderma sebanyak USD4 billion untuk pembinaan semula Gaza selepas perang musim panas antara Israel dan Hamas yang telah memusnahkan puluhan ribu rumah dan lebih daripada 5,000 premis perniagaan.
Semasa perang 50 hari, Israel telah melancarkan beberapa ribu serangan udara dan bedilan Meriam keatas lokasi yang didakwanya adalah premis Hamas di Gaza, yang hamper meratakan seluruh kawasan negera kecil itu.
Hamas turut melepaskan ribuan roket dan peluru mortar kepada komuniti Israel semasa pertempuran.