Sumbangan Air Bersih, Makanan Buat Masyarakat Taiz, Yaman

1791

Penduduk bandar Taiz, Yaman, yang  terkepung oleh peperangan berasa sedikit lega dengan bantuan Misi Kemanusiaan Yemen Care, yang membekalkan air bersih untuk kegunaan harian mereka.

IMG-20170103-WA0012Mewakili seluruh warga, Ahli Parlimennya Abdul Kareem Syaraf Shaiban berkata, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NGO dari Malaysia.

“penduduk Taiz sedang dikepung dan kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan telah berhenti beroperasi kerana tidak mampu untuk meneruskan (pentadbiran) dalam keadaan (apa) yang berlaku sekarang,

“dan kami (saya) akan menyampaikan bantuan kepada mereka melalui sumbangan air untuk mereka minum kerana keadaan mereka yang amat sesak dengan ketiadaan air,”ujarnya.

Screenshot_2017-01-04-23-50-09Beliau berkata demikian pada satu majlis ringkas penyerahan sumbangan dari rakyat Malaysia itu pada Ahad 31 Disember.
Abdul Kareem berkata beliau juga akan menyerahkan bantuan makanan yang diserahkan oleh Yemen Care kepada keluarga yang amat memerlukan sekitar bandar itu.

Sehubungan itu, Katua Misi Kemanusiaan Yemen Care yang kedua kali ini Nasiruddin Othman berkata, bekalan air yang diserahkan itu dapat digunakan oleh 200 keluarga.

“sebanyak 122 lori yang membawa air diserahkan.. 122 trak tu boleh menampung kegunaan paling kurang 200 buah keluarga selama seminggu,

“Air tu ‘diboreng’ daripada telaga…….Kos untuk air tu ialah USD5000,”jelasnya.

Yemen Care yang ditubuhkan oleh bekas-bekas penuntut Yaman, menjadi perantara untuk rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan buat warga Yaman.

IMG-20170103-WA0009 Mereka telah berada lebih 10 hari di negara yang ‘penuh hikmah’, itu selepas memasukinya melalui pinti dari negara Oman, disebabkan lapangan antarabangsa Sana’a masih ditutup.

Nasiruddin menambah, sejumlah USD 5000 makanan ruji tepung, beras,gula,minyak masak dan kacang tin telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Taiz.

https://youtu.be/4tqjQXRKy1o