Pemerintah dan pasukan pemberontak saling membuat tuduhan, masing-masing berbalas kenyataan mendakwa, pihak bertentangan telah melanggar gencatan senjata, hanya beberapa selepas perjanjian.
Kedua pihak bermusuhan di Sudan Selatan dalam cubaan berdamai, bagi menamat konflik lima bulan di negara termuda di dunia itu.
Menurut jurucakap tentera pemberontak, Ruai Koang, tentera pemerintah telah melancarkan serangan ke atas kedudukan pasukannya di negeri Unity dan negeri Upper Nile, beberapa jam sebelum gencatan senjata itu bermula.
Katanya, ia berlangsung sehingga ke pagi hari Ahad.
“pelanggaran terkini perjanjian untuk menyelesaikan krisis di Selatan Sudan menunjukkan bahawa [Presiden Salva de] Kiir sama ada tidak ikhlas atau tidak dapat mengawal tenteranya, “kata Koang.
Sebaliknya, Sudan Selatan juga menuduh pemberontak melanggar gencatan senjata apabila jurucakap tenteranya Philip Aguer berkata, tenteranya telah diserang dalam dua kejadian di negeri yang menghasilkan banyak minyak, Unity.
Salah satu darinya berlaku berhampiran Bentiu, di mana pembunuhan beramai-ramai etnik berlaku pada April.
“Mereka menyerang hanya enam jam selepas gencatan senjata itu berkuat kuasa,” dakwa Aguer kepada agensi Reuters dan menambah, pihaknya Berjaya menangkis kedua-dua serangan tersebut.
Pemerintah Juba berkata, tenteranya telah diberikan arahan yang tegas untuk menghormati perjanjian perdamaian.
Jurucakap President Kiir, Ateny Wek, menegaskan, arahan tersebut telah diberikan kepada tentera pemerintah untuk memulakan memerhatikan perkiraan bagi pemberhentian permusuhan.
Salva De Kiir dan bekas naib presidennya yang juga ketua pemberontak Riek Machar bertemu di ibu negera Ethiopia, Addis Ababa pada hari Jumaat dan bersetuju untuk menghentikan persengketaan dalam masa 24 jam.
Melalui perjanjian yang ditandatangani petang Sabtu, selepas mendapat tekanan antarabangsa, kedua-dua belah pihak bersetuju menghentikan konflik.
Perang saudara bermula Disember lalu selepas kerajaan menggagalkan apa yang dipanggil sebagai rampasan kuasa oleh Machar.
Konflik sesama bangsa dan agama itu telah mengorbankan beribu-ribu nyawa, dengan lebih daripada 1.2 juta orang terpaksa melarikan diri, menjadi pelarian.
Perbalahan senjata telah menjangkiti jiran Sudan Selatan, apabila Uganda yang mempunyai sebilangan besar rakyatnya bekerja di Juba menghantar tentera pada bulan Disember, berjuang di sisi Salva De Kiir.
Sudan Selatan diisytiharkan merdeka dari Republik Islam Sudan pada 9 Julai, 2011, ekoran keputusan satu referendum anjuran PBB dengan sokongan 98.3 peratus rakyatnya.
Perang antara Sudan dan kawasan selatannya bermula sejak tahun tahun 1955 dan ditamatkan dengan perjanjian autonomi pada tahun 1972.
Perjanjian dirungkai pada 1983 dengan perang kedua antara bangsa Sudan itu yang berakhir pada 2005.
Selepas itu, perlaksanaan perdamaian membawa penubuhan pemerintah autonomi Sudan Selatan sehingga referendum diadakan pada tahun 2011.










