Sokong Siasatan Dijalankan ke Atas Isu Bai’ah

770

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/drazmanchaihing.JPGBeliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar yang memetik Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan, PAS sedang menyiasat amalan ’bai’ah’ tersebut, sedangkan tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dibuat.

Menurut Dr. Azman yang juga bekas calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, bai’ah sedemikian tidak berlaku di kalangan pimpinan PAS Terengganu.

Katanya, sebagai calon yang akan bertanding, beliau sendiri melafazkan bai’ah atau sumpah setia, bukan hanya sekadar berjanji kepada pimpinan, tetapi juga berjanji kepada Allah.

”Sebagai seorang ahli parti yang pernah diamanahkan sebagai calon di DUN Jabi dalam PRU 12 baru-baru ini, saya rasa terpanggil untuk menjelaskannya kerana saya adalah salah seorang yang terlibat melafazkan bai’ah di hadapan Tuan Guru Presiden,”katanya ketika dihubungi.
 
Beliau masih ingat dengan jelas, katanya, pada petang 20 Februari 2008, bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, beliau melafazkan bai’ah atau sumpah tersebut dihadapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/drazman.jpg“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa saya Azman bin Ibrahim setelah dipilih oleh parti untuk bertanding bagi kawasan N05 Jabi dengan ini bersumpah dengan nama Allah bahawa samada saya menang atau kalah, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangannya, sekiranya saya mengkhianati parti dan perjuangannya, maka saya akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan sekelian yang melaknat. Sekian.”ujarnya mengulang apa yang diucapkannya hampir setahun lalu.

Kemudian, katanya, beliau menandatangani dokumen tersebut dan diserahkan kepada Tuan Guru (Presiden PAS), dan tidak ada apa-apa perkataan pun yang disebut berkaitan ‘cerai dan talak tiga’.

”Demi Allah yang menjadi saksi kepada setiap apa yang kita ucapkan dan setiap apa yang kita lakukan, tidak ada sama sekali lafaz untuk menceraikan isteri,”tegas Dr.Azman.