Siti Sasar Kutipan RM4 Juta Untuk Dana Kebajikan

1864

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mahu lebih fokus kepada aktiviti kebajikan sepanjang 2014 bagi mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa yang dinaunginya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti, 35, berkata, pihak yayasan telah merangka beberapa projek besar sepanjang tahun ini dan menyasarkan kutipan dana sebanyak RM4 juta bagi membolehkan pelbagai bantuan diberikan kepada golongan memerlukan.

ctban12“Pengalaman membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang baru-baru ini memberi semangat kepada saya dan suami untuk bergerak lebih aktif membantu golongan yang dalam kesusahan.

“Atas dasar itu kami telah merangka beberapa projek bagi mendapatkan dana yang lebih besar bagi tujuan tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Siti ditemui ketika sidang media konsert ‘Datuk Siti Nurhaliza Live in KLCC – Where the Heart Is’ di pejabat SimplySiti di sini, Isnin.

Konsert amal terbitan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti itu akan diadakan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Februari depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) – sumber mStarOnline