Sisi Presiden Minoriti

1072

Abdel Fattah el-Sisi, bekas ketua tentera Mesir yang mendalangi rampasan kuasa menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi kini dilaporkan akan memenangi  pilihan raya presiden yang diadakan di negara itu.

Walaupun keputusan awal menunjukkan Sisi memperolehi 91.8 peratus undi, namun hanya 44.4 peratus sahaja dari 54 juta pengundi Mesir yang keluar mengundi.

el-sisiJumlah tersebut juga, hanya diperolehi selepas hari pengundian ditambah sehari lagi dan kementerian kehakiman telah menghantar mesej memberi amaran, mana-mana rakyat Mesir yang tidak mengundi akan diambil tindakan.

Kemenangan yang telah dirancang untuk Sisi itu dilihat hambar apabila hanya kira-kira 1,000 orang sahaja meraikannya di dataran Tahrir, yang kebanyakkannya adalah golongan yang menentang Ikhwan al-Muslimin.

Lawan tunggal Sisi dalam pilihanraya Presiden itu,  ahli politik berhaluan kiri Hamdeen Sabahi, mendapat 3.4 peratus manakala 4.8 peratus undi diisytiharkan tidak sah.

Kemenangan Sisi juga pasti menjadi tamparan kepadanya yang telah berharap ramai rakyat keluar menngundi untuk menghalalkan rampasan kuasa beliau pada bulan Ogos musim panas lalu.

Sebaliknya, Sisi mendapat sokongan meleset, sangat jauh berkurangan sebanyak hampir 52 peratus, berbanding Presiden Mohamad Morsi  pada pilihanraya presiden tahun 2012.