Sidang Tergempar Tetap Diadakan – Speaker Perak pecat Setiausaha DUN

1862

Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/dun_polis_2.jpg

Amaran Sivakumar kepada Zulkefli Abdullah berikutan kenyataanya petang tadi.

Zulkefli berkata, pentadbiran Bangunan SUK Negeri telah memaklumkan kepada polis yang sidang DUN tidak akan berlangung esok dan bangunan tersebut hanya membenarkan pekerja-pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja.

“Mengikut kenyataan Setiausaha Dewan Negeri yang diterima hari ini, sidang tergempar dewan negeri yang diadakan esok tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak”, katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis telah pun meletakkan halangan di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzwan dengan kawalan anggota simpanan persekutuan (gambar kiri)


Sebelum itu, menurut mStar, Menteri Besar Barisan Nasional Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir membalas tindakan dengan dua kes difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Kedua-duanya difailkan beberapa jam selepas Sivakumar dikemukakan notis oleh Exco kerajaan negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid untuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan telah menghina Sultan Perak dan salah laku.

Dr. Zambry Abdul Kadir mahu mahkamah mengeluarkan perintah bahawa keputusan Sivakumar menggantung beliau dan enam Exco yang lain bercanggah dengan perlembagaan negeri.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/perakdarulridzuandtutup.jpg
Berita Sebelum ini – Bangunan Perak Darul Ridzuan Ditutup Sekat Sidang Tergempar DUN Perak

Kemaskini 7.00 malam – BN akan menggunakan apa jua cara dan kesempatan untuk menghalang Sidang DUN Tergempar dan usul undi tidak percaya keatas ‘kerajaan haram’ BN yang merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat, awal bulan lalu.

Sekiranya undi tidak percaya dibawa kedalam Sidang DUN, adalah dipercayai kerajaan BN akan kalah dan tumbang.

Krisis politik dan perlembagaan negeri Perak semakin kronik apabila satu notis dikeluarkan hari ini memaklumkan Kompleks pentadbiran negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak akan ditutup esok.

Ketua polis negeri Perak juga difahamkan mengeluarkan satu kenyataan petang ini yang memberi amaran orang ramai tidak berkumpul dihadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Perak kerana menurutnya Sidang Tergempar DUN adalah ‘tidak sah’.

Dengan itu polis telah meletakkan halangan dihadapan bangunan Perka Darul Ridzwan.

Malaysian Insider menyifatkan pelbagai arahan dan tindakan yang muncul tiba-tiba adalah usaha memanjangkan tempoh  berkuasa kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan menghalang usul undi tidak percaya.

Tindakan mengejut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu dilihat sebagai usaha terakhir menggagalkan Sidang Tergempar DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar kelmarin

Notis tanpa tandatangan telah dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri lewat hari ini

Notis tersebut memaklumkan bahawa pada 3 Mac, hari Selasa (esok) pintu masuk utama ke bangunan tersebut akan ditutup.

Kenyataan itu juga mengarahkan semua warga bangunan Perak darul Ridzuan agar membatalkan sebarang temujanji esok di premis tersebut.


http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/krisisperak.jpgBerita Semalam – Sidang Tergempar DUN Perak Tetap Akan Diadakan Selasa Ini

Speaker Dewan Undang Negeri Perak V.Sivakumar, dalam kenyataan terbarunya pada sidang media jam 7.00 malam semalam menegaskan panggilan mengadakan Sidang DUN Tergempar yang dibuatnya adalah sah dan mengikut undang-undang.

Beliau berkata Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa tafsiran mengenai peraturan DUN (Standing Order)“Tugas Setiausaha DUN adalah menurut arahan Speaker DUN,”kata Sivakumar.|Sidang Tergempar DUN Perak Tetap Akan Diadakan Selasa In

Beliau membacakan peruntukan 89 (Standing Order 89) yang menyatakan bahawa penafsiran yang dibuat oleh Speaker adalah muktamad.


Sementara itu, dalam perkembangan yang sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Asmuni Awi menyatakan Sidang DUN Tergempar tersebut akan tetap diadakan Selasa ini.

Beliau yang juga seorang pengamal Undang-undang, dihubungi Buletinonline melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menjawab “Ya, sebagaimana hari ini” dalam respon pertanyaan yang dikemukakan, adakah Sidang DUN Tergempar Selasa ini tetap di adakan.

Pegawai Khas Exco Ugama dan Pendidikan Ngeri Perak, Ustaz Norazli Musa mengatakan Sidang DUN Tergempar pasti akan diadakan.


Menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Perak, tidak ada kuasa melalui peruntukan undang-udang tubuh negeri Perak yang boleh menghalang Speaker DUN memanggil sidang tersebut.


Beliau yang dihubungi sebentar, mengulangi pendirian Pakatan Rakyat Negeri Perak sebagaimana yang di huraikan dalam majlis penerangannya di Geliga, Kemaman pada minggu lalu
. (Gambar kanan  dari kiri – Asmuni, Nizar dan Norazli)

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/03/asmuninizarazli.JPGBerita Sebelumnya – Speaker Lawan Setiausaha DUN Perak – Abdullah Antong Sabri, Seorang Penyokong Kuat UMNO


Peguam Sivakumar menyatakan hari ini Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan sebagaimana Jadual, Selasa ini, kerana ia menepati peruntukan sebagai terkandung dibawah undang-undang tubuh kerajaan Perak dan selari dengan amalan parlimen yang dilaksanakan di negera-negara commonwealth.

Bagaimanapun, Setiausaha DUN Perak, Antong berkata panggilan sidang tergempar tersebut tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipanggil Speaker, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat, tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kerajaan negeri.

Kedua-dua peguam Sivakumar Chan Kok Keong and Augustine Anthony  memberitahu media DUN Perak telah ditangguhkan  sine die (tiada tarikh tetap) sejak November lalu, oleh itu Speaker mempunyai kuasa memanggil sidang tersebut.

“Walau bagaimana pun, sekiranya Sultan Perak menggantung (prorogued) atau membubarkan Sidang DUN Ke 12, barulah Speaker perlu mendapat perkenan Sultan untuk memanggil sidang ke 13,”kata Chan.

Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.

Chan juga menambah, Sivakumar mempunyai kuasa sebagai speaker DUN dibawah Seksyen 90 peraturan (standing order) Dewan Undangan Negeri Perak, untuk memanggil sidang DUN tergempar tanpa merujuk kepada Sultan.

Kenyataan Chan di perkukuhkan oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang pada hari ini menghantar kenyataan tujuh muka kepada pihak media menyatakan :

“ It is thus plain and obvious that the Speaker in the elected House of the British Parliament, the House of Commons, has the discretion to recall the House during an adjournment, which is factually a different category from prorogation.

“Thus the Speaker of the Perak Legislative Assembly is entitled under Standing Order 90 to ‘have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice’, in this case, the settled practice in the House of Commons, as to his own power to convene a sitting of the Assembly during adjournment.”


Standing Order 90 states: All matters not specifically provided in these Standing Orders and all questions relating to the detailed working of these Standing Orders, as Mr Speaker may from time to time direct; and in giving any such direction Mr Speaker shall have regard to the usages of Commonwealth Parliamentary practice so far as such usages can be applied to the proceeding of the Assembly.


Pada Jumaat lalu, Sivakumar memanggil Sidang Tergempar DUN Perak, dengan menggunakan peruntukan peraturan dewan (standing order) 8 dan 11, supaya DUN boleh membuat undian atas dua usul yang telah diterima.


ADUN Titi Serong, Dr Khalid Idham Lim Abdullah dan ADUN Teja Chang Lih Kang telah mengemukakan usul berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak.

Pengerusi DAP Perak Dato’ Ngeh Koo Ham berkata dua usul tersebut antaranya berkaitan pembubaran DUN Perak dan usul menyokong Dato’ Seri Nizar jamaludin sebagai Menteri Besar Perak.