Sumber sulit mendedahkan bahawa gabungan tentera sedang membuat persediaan untuk menyerang ibu negara Yaman, Sana’a dari tiga posisi, sekiranya usaha mencapai perjanjian politik gagal.
Abdul Aziz Al Ghawhi, pemimpin dalam Gerakan Penentangan Popular dan ketua-ketua suku kaum Hashed berkata militia, kini sedang giat menjalani latihan dibawah pasukan tentera di daerah Al-Abr di Wilayah Hadramout.
Mereka yang datang dari wilayah utara yang berbeza, mempunyai tugas khusus untuk membebaskan ibu negara itu dan wilayah-wilayah utara yang lain.
Ghawhi yang dikenali sebagai ‘orang kuat’ Brigadier Hashem Al-Ahmar telah dilantik oleh Presiden Hadi untuk memimpin Pasukan Penentangan Popular yang akan bertarung di utara
“Pelan serangan ke atas Sana’a termasuk mengambil alih ibu negara dari tiga paksi, yang pertama dari Marib dan Arhab utara Sana’a, yang kedua dari Hodeida, dan yang ketiga dari Taiz. ”
Ghawi menegaskan bahawa tindakan ketenteraan hanya akan diambil jika rundingan damai yang bermula di ibu negara Oman, Muscat mencapai jalan buntu.
Dua minggu lalu, berpuluh-puluh kenderaan pacuan empat roda baharu berjenama telah dibawa masuk melalui Oman yang dipercayai merupakan persiapan bagi kumpulan Gerakan Penentangan Popular ‘melanggar’ ibu kota Yaman yang dikuasai Houthi sejak bulan September lalu.
Gerakan ofensif Houthi di sempadan Sana’a-Ma’rib juga berterusan, namun para pejuang di wilayah yang kaya sumber asli itu terus bertahan sehingga mendapat arahan selanjutnya.










