Bekalan elektrik terputus sementara jalur komunikasi terganggu ketika serangan berlaku. Para aktivis mengatakan lebih daripada 2,000 tentera dan 50 kereta kebal dikerahkan dalam serangan ini.
Kawasan pinggiran ibu kota dikenali sebagai kubu pejuang tempur pembangkang yang bergabung dalam Tentera Pembebasan Syria yang mana sebahagian besar keahliannya adalah bekas-bekas tentera pemerintah yang berpaling tadah.
Serangan oleh tentera pemerintah juga dilaporkan berlaku di bandar Rankous, kira-kira 30 km ke utara Damsyik.
Para aktivis berkata bandar tersebut sekarang telah berubah menjadi daerah bencana, sama sekali terputus dari dunia luar. Mereka mengatakan banyak rumah rosak kerana terbakar akibat tembakan meriam.
Menurut sumber di lapangan, warga bandar Rankous sangat memerlukan bantuan perubatan manakala korban serangan terbaru tenter Syria itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang.
Media pemerintah Syria mendedahkan enam anggota tenteranya terbunuh dalam serbuan berhampiran pinggiran Damsyik.
Insiden keganasan pemeritah Syria ini, berlaku sehari selepas Liga Arab membekukan misi pemantauan di Syria, keputusan yang dikecam oleh pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Hubungan antara Syria dan Liga Arab tegang dalam beberapa waktu terkini.
Liga Arab mengeluarkan kenyataan mengatakan pemerintah Syria sengaja memanaskan situasi di lapangan dan mengutamakan apa yang mereka sebut pilihan keselamatan.
Sebelumnya pemeritah Syria menuduh Liga Arab membekukan misi pemantauan atas dasar pertimbangan politik semata-mata.
Meningkatnya keganasan di Syria dan pembekukan misi pemantauan oleh Liga Arab memberikan tekanan kepada ahli Majlis Keselamatan PBB yang akan bersidang minggu depan.
Ia semakin pasti, kemungkinan besar akan memutuskan satu resolusi keras terhadap Syria. – sumber BBC