Sengketa Yaman; Serangan Udara Bermula Kembali Sebaik Gencatan Senjata Tamat

847

Pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi melancarkan semula serangan udara mereka di beberapa lokasi Houthi di selatan Yaman, selepas gencatan senjata selama 5 hari tamat.

Gencatan senjata ‘Kemanusiaan’ yang bermula pada hari Selasa pada pukul 11 malam waktu tempatan, tamat pada malam Ahad.

Duta PBB ke Yaman Ismail Ould Cheikh Ahmed menyeru agar gencatan senjata dilanjutkan.

ismail-ould-cheikh-ahmed-31012014-jpg“Saya menyeru semua pihak untuk memperbaharui komitmen mereka kepada gencatan senjata ini untuk sekurang-kurangnya lima hari lagi,” kata Ahmed pada Persidangan di Riyadh.

Tetapi menurut para pegawai Saudi pelanggaran yang berterusan gencatan senjata oleh tentera Houthi, menyekat usaha gencatan sejatan dilanjutkan.

Penduduk tempatan di Aden berkata, serangan udara terbary bermula sangat lewat malam.

mereka juga berkata pertempuran yang berterusan dalam bandar Aden walaupun ketika gencatan senjata selama 5 hari itu berlangsung.

Pegawai tentera Saudi berkata pada Isnin bahawa serangan tersebut disasarkan kepada istana presiden dan beberapa premis tentera Houthi di Al Arish dan Sawlaban.

Talian telefon dan cara komunikasi di beberapa kawasan di Aden termasuk daerah Kawah telah dipotong, dan pekerja bantuan telah berjuang untuk mendapatkan bekalan perubatan dan makanan ke Aden.

Hospital dan pusat-pusat perubatan di Aden berada dalam keadaan yang sangat teruk dan buruk.

“Kami tidak mempunyai bekalan elektrik, tempat tidur, anestetik, walaupun sarung tangan, dan sebahagian besar doktor dan jururawat tidak bekerja,” kata seorang jururawat sukarelawan di salah sebuah hospital awam di Aden.