Sempadan Arab Saudi – Yaman menyaksikan peningkatan perang antara Houthi dan pasukan yang setia dengan Ali Abdullah Salleh dengan tentera meriam serta kapal terbang gabungan Arab,menjelang sidang damai di Geneva pada 14 Jun depan.
Sumber-sumber memberitahu Agensi Anadolu pada hari Ahad bahawa Houthi telah mula mengeluarkan dan menghantar beratus-ratus pejuang mereka dari wilayah-wilayah utara dan barat, ke sempadan Arab Saudi, terutamanya ke wilayah selatan Jizan.
Sumber dari pihak Pro-Houthi menegaskan bahawa pertempuran sengit telah berlaku sejak pagi Ahad di persempadanan itu.
Jawatankuasa popular, yang bersekutu dengan Houthis, dan tentera Yaman, yang masih kekal setia kepada Saleh, telah mengebom pusat pemeriksaan tentera al-Doud di wilayah Jizan Arab Saudi dengan roket Katyusha.
Sepanjang tempoh 24 jam, Houthi berkata, mereka telah melepaskan berpuluh-puluh roket mengenai sasarn kawasan tentera Arab yang turut menjejaskan penduduk tempatan di kawasan Saada dan wilayah Hajjah.
Sebagai tindak balas, tentera laut Arab menembak meriam mereka di pelabuhan Yaman dan kapal terbang gabungan ‘dengan garang’ mengebom bandar-bandar sempadan di wilayah Saada utara Yaman.
Turut dibedil juga adalah kawasan perhimpunan Houthi di Amran di utara Yaman.
Kementerian pertahanan Saudi berkata, ia telah menghantar angkatan tentera laut tambahan untuk kawasan-kawasan yang bersempadan dengan Yemen, dua hari selepas Houthi mengebom pangkalan tentera Putera Khalid di Khamis Mushait, selatan-barat Arab Saudi, dengan peluru berpandu gerakan cepat.










