Oleh : Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengucapkan Selamat Kembali ke Alam Persekolahan bagi sesi 2020 kepada semua pelajar dan para pendidik.
Ketuanya,Mohd Nasir Razak berharap tahun baharu menjadi titik permulaan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang lebih besar buat semua.
Ketuanya,Mohd Nasir Razak berkata dengan kehadiran tahun baru ini ramai guru yang mengeluh dengan kerja-kerja pentadbiran sedang jiwa mahu fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
“Kami ingin berkongsi rasa dan impian bersama anak pelajar dan guru-guru,Samaada guru mahupun pelajar,anda semua berada dalam suatu lingkungan hidup yang mulia, iaitu jihad menuntut ilmu dan keluar dari kejahilan.
“Ramai juga guru dan pelajar mahukan pembelajaran dalam keadaan gembira, namun pengarahan dari pihak atasan membalut segala rasa. Ramai guru mahu mendidik tanpa jemu, tapi, kemunculan pelbagai sistem silih berganti membuatkan ramai guru terasa lesu,” ujarnya dalam laman sosial rasmi DPPNT.
Menurutnya, Pemuda PAS Terengganu tahu dan mengerti bebanan system pendidikan yang ada kini mesti dilakukan perubahan dan mengharapkan perubahan daripada atas ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.
“Perkara ini adalah amat penting kerana pendidikan merupakan tulang belakang kepada masa depan negara.Perpaduan,kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara bermula dari aspek pendidikan.
“Marilah kita memulakan dengan mengadakan perubahn yang kecil iaitu perubahan dari setiap dari kita,Jika perubahan yang kecil ini kita gerakkan secara bersama, insyaAllah negara Malaysia yang kecil ini mampu menjadi gergasi dunia,” katanya lagi.











