Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 150 tercedera apabila tentera rejim Israel mengebom sebuah sekolah yang dikelolakan oleh Agensi Bantuan dan Pekerjaan (UNRWA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Gaza.
Agensi Al-Jazeera melapor, sekolah yang terletak di sebuah wilayah utara Gaza, Bait al-Hanoon itu telah dibedil pada hari Khamis.
Sekolah tersebut telah menjadi pusat perlindungan warga Gaza sejak wilayah itu diserang bertubi-tubi oleh rejim zionis.
Sumber tentera rejim Israel tidak menafikan, namun bagaimanapun memberitahu pihak media kononnya mereka mengesan serangan roket Palestin berpunca dari kawasan terbabit.
Sebaliknya, jurucakap UNRWA Chris Gunness berkata pihaknya telah memaklumkan lokasi sekolah itu dan memberitahu pihak tentera Israel bahawa ia adalah sebuah sekolah dan menjadi pusat perlindungan.
Namun, tiada amaran yang diberikan rejim dan tiba-tibas membedil sekolah tersebut.
Saksi yang menjadi mangsa serangan membabi buta rejim Israel memberitahu dan bersumpah bahawa tidak ada aktiviti ketenteraan Hamas di sekolah tersebut.




























