KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu merakamkan penghargaan kepada rakyat negeri ini yang terus memberi kepercayaan untuk mengnantar anak mereka ke Sekolah Rendah Islam (DAR) di bawah seliaan Dewan Ulama, berperanan menghadapi cabaran pemikiran dunia masa kini.
Pesurujaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, menjadi hasrat parti itu sejak 1985, menubukan institusi pendidikan sendiri bermula Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) sehingga peringkat tinggi, Kolej Universiti Darul Quran (KUDQI).
Matlamatnya,, kata beliau, untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam, menghadapi cabaran perkembangan politik, sosial, sains dan teknologi sehinggalah ke zaman digital.
“Pada waktu itu (1985) cabaran tidak sehebat seperti sekaeang, maka ternyatalah pandangan jauh telahpun ditunjukkan oleh kepimpinan kita pada waktu ini menepati dengan tuntutan yang sedang kita hadapi sekarang ini.
“Tujuaannya adalah untuk kita membentengkan anak-anak dan generasi kini daripada dicelarukan oleh kefahaman dan perkembangan sosial yang melanda dan lebih hebat lagi pada waktu ini.


“Sehingga kefahaman mengatakan politik suku, agama suku melanda pendokong institusi pondok, yang saya sebut ini bukan ada sekarang tetapi yang terjadi dahulu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSRI DAR Terengganu Kali Ke-15, di Dewan Tuan Guru Harun Taib (TGHT) Rusila, di sini, semalam.
Tegasnya, cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan hari ini lebih hebat lagi dengan perkembangan baru dalam pemikiran manusia beranggapan bahawa Islam dengan agama lain sama sahaja bertujuan membentuk manusia untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Ada dalam kalangan pemimpin yang bercakap sedemikian seolah-olah terlupa dengan firman Allah bahawa agama sebenar di sisi Allah, adalah Islam,” ujarnya.
Oleh itu, beliau bersyukur dengan perkembangan semasa apabila semua institusi tersebut, menggubal silibus pendidikan dan pengajaran berasaskan Islam yang syumul.


“Alhamdulillah kita sudah sampai kemuncak pendidikan tinggi, terima kasih kerana yakin, walaupun dari segi fizikal dan rupa paras premis yang ada,
“sama ada rendah dan tinggi tidak setanding dengan pusat pendidikan rasmi di bawah kelolaan kerajaan,” tambah beliau.
Justeru katanya, kayu ukur kita bukan melihat zahirnya tetapi sesungguhnya yang paling mulia adalah paling bertakwa.
“kita bukan sekadar bina darul takwa tetapi bina insan paling bertakwa.
” Semoga apa yang kita lakukan berasaskan nawaitu kita untuk menghantar anak-anak ke sekolah ini diberkati oleh Allah SWT,” ujar beliau.





























