Terengganu, Malaysia

Sami Sri Lanka Pro-Islam, Diculik dan Dibogelkan

SRI LANKA RELIGIOUS RIOT

Sami Watareka Vijitha Thero, pengkritik kumpulan garis keras Buddha Bodu Bala Sena (BBBS), ditemui ‘dibogelkan’ berhampiran Colombo akibat tindakan yang dipercayai serangan oleh kumpulan Buddha yang ‘ekstrem’ itu.

Kejadian itu berlaku selepas tiga Muslim terbunuh dan ramai yang cedera dalam rusuhan didakwa pemerinta Sri Lanka dilakukakn olehkan pada BBBS.

Thero dikenali sebaga seorang pemimpin Buddha dan pengkritik kepada BBBS dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan diculik, dibogelkan dan dipukul.

Beliau yang juga pemimpin Jathika Bala Sena, menentang tindakan Sinhala Buddha hardliners Bodu Bala Sena (SBBS), telah perlakukan sedemikian di pinggir ibu kota Sri Lanka, Colombo pada malam Rabu.

THEROThero ditemui di tepi jalan di bandar Panadura, dalam keadaan berbogel dengan tangan dan kakinya diikat, Jubah dan dompetnya ditemui berdekatan.

Shehan Kapuge, seorang penduduk tempatan berkata, beliau telah diberitahu sami itu dibuang dari kenderaan pada pagi Khamis.

Timbalan Pengarah Hospital Kebangsaan di Colombo. Dr Prasad Ariyawansha memberitahu Al Jazeera, sami ini telah mengalami banyak luka dalam badan dan telah mengalami lebam yang teruk.

Thero telah beberapa kali dilaporkan diserang oleh kumpulan Buddha eksteremis merupakan ahli kerajaan memerintah Perikatan Kebebasan Rakyat Bersatu yang kini berkhidmat sebagai ahli Mahiyanagana Pradeshiya Sabha, atau majlis tempatan.

Awal minggu lalu, beberapa serangan telah dilakukan oleh Buddha garis keras yang melemparkan bom petrol dan merompak rumah dan perniagaan di beberapa bandar-bandar majoriti orang Islam di Sri Lanka.

Kejadian tersebut turut membunuh tiga orang Islam dan serius mencederakan lebih daripada 80 orang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan